Saturday, March 15, 2014

Kehilangan Pesawat MAS MH370 KUL-PEK

Assalamualaikum Readers. Post ini telah saya tulis seminggu yang lalu. Ketika itu, negara kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS yang dalam perjalanan ke Beijing. Pesawat yang bertolak dari KLIA pada hari Sabtu 8 Mac 2014, pukul 12.41 pagi, dan dijadualkan tiba di Beijing pada pukul kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan). Akan tetapi, pesawat dilaporkan hilang dari radar 1-2 jam selepas bertolak. Ketika saya menulis di blog ini masih kecoh dengan penantian ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Banyak spekulasi yang dibuat mereka yang tidak berkenaan. Untuk rekod, terdapat 239 penumpang termasuk 12 orang anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut. Saya masih berharap selepas seminggu kejadian, kita dapat menerima berita tentang keberadaan pesawat tersebut.....



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails