Salam readers. Genap seminggu sudah berlalu peristiwa yang boleh dikatakan agak mencemaskan berlaku pada diri saya. Alkisahnya, Jumaat lepas saya telah ke Semarang untuk menghadiri pernikahan anak sepupu saya di sana. Nak dijadikan cerita, tiket pesawat telah saya beli sebulan sebelum itu (beli awal pun harga dah hampir RM400 belum termasuk bagasi). Saya tak beli beg awal-awal sebab takut tak jadi 'terbang' ke sana je. Hehe. Maka pada saat-saat terakhir iaitu pada tengah malam Jumaat, saya cuba untuk membeli bagasi bagi penerbangan Semarang-KUL. Cuba membayar menggunakan kad kredit, akhirnya GAGAL. Permintaan untuk beli bagasi buatkan saya tak boleh check-in. Jadi saya buat keputusan untuk tidur sebentar.
Gagal untuk Check-in
Pukul 4.15 pagi bangun ingatkan dah boleh check-in. Tapi rupa-rupanya booking saya di HOLD. Fuh. Memang menakutkan, tapi saya buat-buat COOL je masa tu. Malah, saya suruh kakak saya tolong hantar ke KL Sentral je. Kami keluar dari rumah pukul5 pagi dan tiba di KL Sentral pukul 5.11 pagi. Setibanya di tempat menunggu bas, ada sebuah bas berlalu pergi. Ternyata ada bas pukul 5.1.5 pagi. Ingatkan setiap 30 minit, rupa-rupanya bas ada setiap 15 minit. :| Untuk pengetahuan yang tak tahu, masa check-in biasanya paling lambat pun 1 jam sebelum penerbangan. Penerbangan saya pula dijadualkan pada pukul 7.20 pagi. RISAU tak? Rasa macam tak sempat je nak check-in masa tu.
Ada Pramugari tak?
Kakak saya yang risau dengan situasi saya pada mulanya menyuruh saya mengajukan masalah saya kepada pramugari yang berada di dalam bas. Tapi memandangkan keadaan bas yang dipadamkan lampu, maka saya tak pasti di mana kedudukan pramugari yang saya lihat sebelum bas bertolak. Jadi, kakak saya turut sama membantu untuk mencari nombor telefon yang mungkin dapat membantu membatalkan pembelian bagasi tersebut. Dengan harapan, saya boleh Mobile Check-in je. Tapi, akhirnya saya cuma dapat telefon pihak di LCCT. Jawapannya memang seperti yang saya jangka iaitu kena ke kaunter AirAsia.
Pramugara ke?
Bas tiba di bahagian KETIBAAN sekitar pukul 6.11 pagi. Masa tu saya lihat orang sebelah saya macam pakai kot dia. Ok, mungkin dia business man ke apa. Tapi, rupa-rupanya setelah saya lihat betul2 dia merupakan seorang pramugara rupanya. "Eh, so you are a flight attendant?". Itulah yang terpacul dari mulut saya. Kemudian saya sempat tanya pasal check-in semua. Dia kata kalau nak check-in dalam masa 45 minit pun boleh. AGAK LEGA di situ. ;) Alhamdulillah bas saya menurunkan penumpang di LCCT pada pukul 6.13 pagi kot. Saya terus bejalan cepat sambil menarik bagasi saya ke arah kaunter. Subhanallah, sungguh ramai orang yang beratur di kaunter. "CONFIRM tak sempat nak check-in", begitulah perasaan saya pada masa itu. Tapi, ALHAMDULILLAH saya ternampak seorang staf AirAsia di sana.
Ringan mulut saya untuk menceritakan masalah saya gagal untuk bayar menggunakan kad kredit. Syukur, urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Maka, saya dibawa ke satu kaunter yang tak dibuka. Saya bayar duit untuk bagasi pulang tersebut dan staf di kaunter tolong check-in kan. :) Alhamdulillah. ^^
0 budak comel:
Post a Comment