Thursday, February 28, 2013

Pengalaman mengambil BR1M 2.0



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasal BR1M ni, saya cuba apply tahun lepas dan dapat kelulusan. Ini untuk individu. Mengapa saya layak? Sebab saya tidak berpendapatan dan berumur 21 tahun dan ke atas. Untuk pengetahuan umum, BR1M ini terbahagi kepada dua kategori, satu untuk keluarga (jumlah pendapatan kurang dari RM3000) dan satu lagi untuk individu (samaada berpendapatan kurang dari RM2000 atau tidak berpendapatan dan tidak mempunyai tanggungan). Kalau orang menipu gaji, itu lain cerita. Tapi saya dapat membuat satu kesimpulan sewaktu mengambil BR1M tempoh hari. Betapa ramai orang sanggup beratur berjam-jam untuk mengambil baucar tunai tu. Betapa bersyukurnya kita yang hidup senang, dibandingkan orang lain yang begitu memerlukan dan merasakan duit tu sangat penting untuk menyara keluarga. Huhu. Oklah, bersyukur. Apa pun PRU13 nanti semuanya di tangan anda. Lihat pemimpin itu dulu, bukan parti politik. Shhhh...undi adalah RAHSIA.

P/s: Yang kelakarnya, lepas dapat baucar tu saya terfikir. Eh, macam mana nak tebus ni? Saya pun tanya salah seorang penerima, rupa-rupanya baucar BR1M boleh ditebus di tiga buah bank iaitu BSN, Maybank dan Public Bank.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails