Assalamualaikum. Hari ini saya nak bercakap tentang syarat yang mana mama saya pun dah suruh saya buat kalau nak kahwin nanti (saya kena tetapkan syarat buat bakal suami saya lah kiranya). Sebab dari sini lah kita boleh lihat kesungguhan seseorang itu untuk memperisterikan kita. Eceh eceh.
Nota: Redha ibu bapa tu penting, jadi silalah berjumpa dan berkenalan (ala2 ta'aruf) dulu dengan mama papa.
Tak Tinggal Solat
Sedangkan dalam Islam pun menitikberatkan soal solat, jadi sebagai seorang suami dia mestilah takut untuk meninggalkan solat. Bagaimana dia nak bimbing isteri kalau diri sendiri pun dia tak mampu nak disiplin.
Sayang keluarga
Memang penting buat bakal suami saya itu untuk sayang keluarga saya terutamanya mama papa saya. Sebab selepas kita menikah, kita juga diumpamakan berkahwin dengan keluarga pasangan kita itu. Mak bapa dia jadi mak bapa kita, dan sebaliknya.
Solat Di Masjid
Dari dulu mama selalu kata, kalau nak kahwin carilah pasangan yang selalu solat berjemaah di masjid. Dulu saya selalu macam kata, "ma, takkan nak kena duduk depan pintu masjid dan pilih suami kat sana?". Tapi bila dah dewasa ni, saya dah faham. Saya juga mahu pasangan saya solat di masjid, sama macam papa yang rajin ke masjid. At least, kalau kerja boleh je datang waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.
Duduk Rumah Sendiri
Bila lagi nak merasa hidup berdua? Hehe. Ok lah, maksud rumah sendiri ni sekurang-kurangnya rumah sewa lah. Masa awal-awal kahwin dulu, mama papa pun tinggal kat rumah sewa. Pindah sana, pindah sini, sampailah terakhir rumah sewa kami di Jalan U-Thant (dulu kat sana khas buat pegawai kerajaan, sekarang dah jadi rumah orang kedutaan). Beberapa tahun lepas berkahwin tu barulah papa membeli rumah sendiri. :)
Ringan Tulang
Selain itu, bakal suami saya mestilah seorang yang tidak berasa kekok untuk membantu saya melakukan kerja-kerja rumah. Maklumlah baru kahwin, mesti banyak nak pakai duit. Banyak benda yang kita akan lakukan sendiri. Jadi apa salahnya tolong sapu ke..cuci apa2 yang patut ke? Hehe.
Pandai Menyesuaikan Diri
Yang ini salah satu perkara yang penting. Memandangkan kita berkahwin dan mungkin tak biasa dengan keluarga pasangan, jadi sekurang-kurangnya dia mestilah boleh get along dengan keluarga saya (terutamanya mama papa). JANGAN lah asyik duduk dalam bilik je.
Tidak Merokok
Faktor ini paling penting. Kenapa? Saya paling tak suka dan anti bau rokok. Jadi, macam mana saya nak hirup udara yang segar kalau saya terpaksa menghirup bau asap rokok je (apatah lagi dalam rumah). Paling kesian dan menyedihkan, perokok pasif yang dapat penyakit dengan mudahnya. T.T
Mudah di ajak Berbual/Bercakap
Ini berdasarkan pengalaman orang, menantu yang bila mertua tanya sepatah dia jawab sepatah, memang sukar mendapat tempat di hati mertua. Maklumlah, kita ini bila dah tua mestilah nak rasa kasih sayang anak (menantu pun sama). Kalau diam seribu bahasa, mana nak ada komunikasi yang berkesan?
Tak Suka Tidur Lepas Subuh
"Kalau tidur lepas Subuh tertutup pintu rezeki". Hehe. Inilah amalan saya dari kecil. Lepas Subuh saya memang tak tidur, kecuali TERtidur.
Addicted dengan Game
Satu hal lagi, game tak kisahlah online games ke, PSP ke, HP game ke. Kalau main suka2 di hujung minggu bolehlah. Tapi kalau tiap waktu di rumah asyik main game....... =.="
Jaga Anak Bersama
Ok lah, bila kita dah ada anak nanti tolonglah urus sekali anak. Hehe. Macam tolong basuh berak kencing dia ke (bila mak dia sibuk urus hal lain). Maklumlah, anak bersama. Takkan bila dah lahir lupa itu anak sama2? Haha.
Poligami? Er.
Saya tidak menolak poligami, tapi KALAU yang nak berpoligami itu bukan suami saya. :p
gambar hiasan semata-mata: wedding kak Sal |
P/s: Setakat ini sahaja yang saya boleh fikir, tapi kalau ada idea lagi saya tambah ye wahai 'bakal imam' ku
0 budak comel:
Post a Comment