Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...heeeeee...rasanya dah lama giler saya tak update blog...sangat busy sampai tak ada masa nak mengarang kat sini. Gambar punya berlambak, tapi malas nak upload. LOL. Ok la bercakap tentang event KPTM - Cyber Race 2012 ini....pada mulanya, ianya di recommendkan oleh pensyarah subjek Event Mangement kitorang sendiri iaitu En Azrul (yeay...da berakhir 3 Temujanji..:p). Aktiviti ini pernah dijalankan oleh pensyarah Jabatan Sains Komputer beberapa tahun yang lalu. Tapi kali ini dijalankan oleh pelajar Event Management sendiri.
khusyuk diorang fikir jawapan...hihihi |
Bercakap tentang pengalaman, kalau tiada peluang diberikan maka takkan wujudlah pengalaman tu. Macam untuk event Cyber Race ini. Kitorang memang totally tak hebat kalau tiada bimbingan dari pensyarah kitorang. Masa bulan Mac yang lalu kelas kitorang ada buat event Green Day. Tapi ini dua event yang berbeza. Sangatlah berbeza. Apatah lagi sebab kitorang mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM12 kepada setiap kumpulan.
pelajar Event Management+lecturer...dan ada seorang checkpoint keeper tersesat..ha2 |
Promosi
Satu hal yang pentig,kan kalau nak buat sesuatu event ialah PROMOSI. Apa masalah kitorang? Mula-mula lepas submit proposal untuk minta dana dari kolej kitorang kena tunggu approval. Lepas tu 2 minggu sebelum event tu baru ada cerita pasal berapa peruntukkan yang diluluskan. Kelam kabut sikitlah jadinya. Advertise poster lambat.....huhuhu.
Group CAT 'I Miss You', salah satu pemenang cabutan bertuah :D |
Peserta
Cuba bayangkan lagi 2 hari event nak dijalankan, hanya ada 5 group yang mendaftarkan diri. Saya hanya mensasarkan 20 kumpulan (tapi kalau ikutkan..lecturer kitorang nak 30 orang). Hehe. Punyalah cuak kitorang. Tapi, Alhamdulillah dengan bantuan lecturer-lecturer yang baik hati dan sanggup promote kepada pelajar, tiba-tiba pada keesokan harinya ada sebanyak lebih kurang 20 kumpulan yang mendaftarkan diri. Dan akhirnya pada hari Cyber race dijalankan, ada sebanyak 24 kumpulan yang bertanding. Sepatutnya ada 25 kumpulan, tapi satu kumpulan ada ahli kumpulan yang sakit. Huhu. Tapi kagum, kan? Dari 5 group jadi 25 group. :D
Kurang Lancar ke?
Ada pula masalah lain tiba-tiba timbul. Contohnya, PA System tiada di pentas utama. Akhirnya sebab lambat sangat, bercakap terus kat peserta. Dan juga checkpoint pun ada masalah timbul dimana warna CLUE tersalah. Ish ish. Tapi, Alhamdulillah majlis berjalan lancar.....fuhhhhhh.
Melalui event ini saya belajar banyak perkara. Seorang projek manager tidak semestinya buat semua kerja. Er, ok next time task memang kena bahagikan lebih banyak kepada committees. Mungkin sebab saya nak play safe je. Takut la kan, kalau expectation kita is higher than apa yang diorang boleh buat. :s Till finger meet keyboard again.
P/s: Banyak kerja, tapi sempat lak saya update blog ni. Hahahahahhahhahaha.
cats for free adoption...anyone? heeeee. |
lumayan hadiah budak2 mewarna Woopit ni..semua budak tak menang pun dpt saguhati.. |
kelihatan pensyarah2 bersama anak2 mereka di sana.... |
kitorang pun nak merasa jadi pemenang tempat kedua...hihihi..congrats akim & the geng |
pemenang tempat pertama, kedua dan keempat bergambar bersama ^^, |
0 budak comel:
Post a Comment