Salam readers (hari ini dah tukar dari bloggers kepada readers.;p). Apa khabar? Pelajar-pelajar IPT mesti dah dapat baucar buku 1Malaysia kan? Ok, masa mula-mula kerajaan beritahu dalam bajet 2012 yang pelajar akan dapat duit buku RM200 saya macam terkejut la. Bersyukur tu memanglah. Tapi, cubalah bayangkan kalau bagi RM200 tunai mesti pelajar guna duit tu untuk benda lain. Nasib baik dapat baucar jadi kuranglah penyalahgunaan di sana. Konsep baucar buku 1M ini mudah je. Tulis nama dan nombor kad pengenalan di baucar tu kemudian serahkan kepada kedai buku sewaktu melakukan pembayaran. Ada kedai buku seperti MPH yang memerlukan pelajar menunjukkan kad pengenalan mereka. Setiap satu baucar bernilai RM50 dan jika pembelian kurang daripada RM50, maka tiada duit akan dikembalikan manakala kalau TERLEBIH memang confirm kena tambah duit la. Haha. Nanti bagi pihak kedai buku tu pula, mereka akan tuntut duit baucar itu di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN). Di sini kita dapat lihat win-win situation. Kedai buku dapat duit, pelajar dapat buku, kerajaan dapat undi (oklah, gurau je). Tak baik buruk sangka. Kita mesti anggap apa-apa yang diberi itu memang hak rakyat dan ikhlas diberikan oleh pemimpin. Husnuzon lah. :)
Dalam buku himpunan nama-nama si comel ada erti nama saya, dan itulah satu sebab saya pilih buku tu. |
Baucar buku berkenaan sah sehingga 31 Mac 2012. Jadi tinggal lebih kurang 1 bulan 1 minggu je lagi. Marilah kita amalkan nilai-nilai murni dengan membaca. Oh ya, siapa2 yang pakai kanta sentuh boleh lah beli contact lens dengan harga lebih murah di facebook: contact lens provider. Buat perbandingan dengan harga di luar, memang jauh beza. Untuk pengetahuan, penjual tu tinggal di taipan, USJ. Jadi tiada masalah kalau nak COD di area subang jaya tu. ;)
Mudah, murah dan cepat perkhidmatan contact lens provider tu. |
0 budak comel:
Post a Comment