Wednesday, December 21, 2011

Manusia Pun Boleh Berubah



Salam bloggers. Benarlah kata pepatah, "sekali bah, sekali pantai berubah". Pepatah itu berkait rapat dengan sikap manusia itu sendiri. Perangai seseorang boleh diubah atau berubah sama ada disebabkan keadaan sekeliling mahupun orang itu sendiri mahu berubah. Perasaan manusia pun sama. EH ingat tak posting tentang "orang yang saya suka mesti selalunya kahwin lepas tu"? hehe. Cuma dengar cerita Ally dah putus tunang. Huhu. Oh ya, tahun depan ada anak sepupu saya kahwin. Sebenarnya kami kenal 3 tahun yang lalu, bertempat di majlis perkahwinan sepupu saya. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jap! Macam pelik saya cerita kat sini. Perlu kita ingat yang suka tidak bermakna cinta. (I'm not in denial mode, ok!) Semoga tahun 1433H ini akan mengubah saya menjadi manusia yang lebih baik. Amin~



P/s: Gambar diambil sewaktu saya ke Pulau Redang tahun 2009 yang lalu. ^^,

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails