Sunday, December 18, 2011

Relevenkah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hihi. Apa khabar? Hari ini saya ingin mengupas satu isu yang sedikit sebanyak mengganggu otak saya. Hal Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diwar-warkan ketika pembentangan bajet 2012 oleh PM Malaysia kita ini. MEMANG tak salah bila pihak kerajaan nak bagi duit bantuan sebanyak RM500 buat rakyat Malaysia yang pendapatan seisi rumah KURANG dari RM3000. Ini termasuklah orang yang dapat pencen. TETAPI, ada beberapa keburukan BR1M ini. Kita telah sedia maklum pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri yang handle benda ini memandangkan ianya badan berkaitan cukai pendapatan dan sudah tentu tahu kelayakan seseorang itu. Masalah timbul apabila orang yang memanglah pendapatan (cth: wang pencen kerajaan) dia kurang daripada RM3000, tetapi mempunyai pendapatan sampingan yang tidak diisytiharkan (cth: mempunyai rumah sewa sampai 10 pintu). Adakah orang itu LAYAK? Kalau tanya pendapat saya, memang TIDAK LAYAK sama sekali orang itu mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia tu. Kalau semua orang nak menipu dari segi pengisytiharan harta, maka AKHIRNYA berlakunya pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat. Bukankah itu termasuk dalam mengambil harta orang lain? Hmm... Wallahua'lam.

2 budak comel:

Duit rakyat juga.. rasanya kita patut terima.. bak kata tok guru Nik Aziz

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima". TG Nik Aziz Nik Mat. Tok Guru meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kerana wang itu memang hak mereka (rakyat). "Nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan (PAS)" Ujar Tok Guru Lagi.

Ayat last sekali tu tak menahan :p

hehe..sebab nk pilihanraya kan..tapi memey patut cmtu la, orang nak bagi terima je..rezeki tu. :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails