Saturday, December 31, 2011

Bertudung, Tetapi Memalukan Kaum

Salam bloggers. Esok kita dah melangkah ke tahun 2012. Semakin lama semakin berkurang usia kita. Malah, kita tak tahu pun bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ni. Semalam saya post status mengatakan saya tidak berkenan melihat orang yang bertudung, tapi berpelukan dengan boyfriend dia. Kenapa ek?



Senang je jawapannya. Bila awak dah ber'couple' tu, awak kena ingat yang syaitan tu selalu ada ditengah-tengah orang yang berdua. Maksudnya, syaitan tu mesti nak cuba goda manusia tu. Tentulah zina akan bermula. Oh ya, jangan ingat zina tu bila dah buat aksi atas katil ye. Aktiviti-aktiviti yang mungkin anda sendiri tak perasan pun ada. Contohnya, zina hati. Dimana hati kita ni teringat je kat orang tu dan melebihi pula ingatan kita kepada Allah. Lepas tu, aksi ringan-ringan macam pegang tangan, dan lain-lain. Sebab tu, kita digalakkan untuk bercinta lepas berkahwin. Bukankah itu lebih indah? Boyfriend mahupun tunang itu, belum tentu menjadi suami kita yang sah. Kenapa nak bagi semuanya kepada orang yang tidak berhak? :)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails