Friday, December 30, 2011

Diskriminasi Terhadap Wanita Bertudung?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hehe. Apa itu diskriminasi? Diskriminasi ialah satu tindakan yang tidak adil terhadap individu. Untuk masalah yang saya ingin ketengahkan sekarang ialah diskriminasi terhadap wanita. Kalau yang kita terang-terang boleh lihat, iklan yang menggunakan wanita dan tentunya mereka kelihatan seksi. Secara tidak sedar, wanita itu sendiri merelakan dirinya diperlakukan sebegitu.


Wardina Safiyyah

Wanita Bertudung Sukar Mendapat Kerja?
Kalau kita di Malaysia ini mungkin tahun 2000-an ini kita boleh lihat peluang untuk wanita bertudung itu terserlah. Dibandingkan dengan masa awal tahun 90-an dulu..rasanya wanita ramai yang "rela" melepaskan tudung semata-mata untuk mendapat pekerjaan. Mereka terlupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, bukannya manusia. Oh ya, begitu juga dengan personaliti TV di Malaysia ini, ramai yang dah melakukan perubahan dengan bertudung seperti Wardina, Farah AF dan yang terbaru ialah Abby Fana. Tapi kan, kenapa ye tiba-tiba pihak rancangan TV ingin menggantikan mereka yang bertudung ini mulai tahun 2012? Wardina dan Abby Fana tidak akan lagi bersiaran di MHI mulai tahun 2012. Pengacara Nasi Lemak Kopi O yang baru (mulai Januari) adalah wanita-wanita yang tidak bertudung. Adakah kerana mereka itu bertudung, jadi mereka digugurkan? Hmmm.. Wallahua'lam.

Abby Fana ketika di MHI

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails