Salam bloggers.
Post kali ini tidak lain dan tidak bukan berkaitan dengan tajuk iaitu tudung. Oh ya, sebagai wanita muslimah kita semestinya dituntut oleh agama untuk menutup aurat dan salah satu anggota aurat ialah rambut. Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat wanita-wanita yang beragama Islam ini memakai tudung. Malahan mungkin boleh dikatakan bertambahlah jumlah yang memakai tudung ini. Memang dah baik sangatlah kalau mereka memakai tudung ini. Tetapi sayangnya, ada segelintir antara mereka memakai tudung hanya kerana sekadar fesyen bukannya tuntutan agama. Maksud saya, ada di antara mereka yang memakai tudung kerana rambut mereka kurang cantik (kerinting, dll) dan juga kerana ingin memperagakan pelbagai fesyen tudung@shawl. Seperti yang kita dapat lihat di kedai-kedai menjual tudung, kini kebanyakan orang memilih untuk memakai shawl/pashmina dan seangkatannya. Cuma sayang sekali kerana ada orang yang dah cantik pakai tudung, tapi tudungnya singkat, menampakkan leher dan sebagainya. Tetapi ada juga yang dah tutup litup di atas, tapi bila kita lihat pada pakaiannya. MasyaAllah. Pakai tudung tapi lengan pendek, baju kurang labuh sampai kalau angkat tangan boleh nampak badan dan mereka juga ada yang macam pakai baju adik yang bersekolah rendah dan banyak lagi. Satu hal lagi, saya selalu pelik, perlu ke nak pakai anak tudung yang ada sanggul tipu tu? Kalau rambut tak panjang, simpanlah sampai panjang. Dan yang memburukkan keadaan lagi, kenapa perlu upload gambar tidak menutup aurat andai sudah bertudung di laman rangkaian sosial (Facebook, dll)? Hish. Andai Rasulullah SAW masih ada....
Bercakap mengenai memakai tudung ini....dulu saya pra-sekolah di Tadika ABIM. Masa mula-mula masuk sekolah rendah (BBGS 2), saya dapati saya seorang je yang pakai tudung masa tu. Jadi, kemudiannya saya pun buka tudung dan hanya pakai masa hari Isnin dan Jumaat (betul2 pengaruh rakan sebaya). Teringat saya, dulu pernah sekali sahaja saya memakai pinafore (baju kakak), sebab baju kurung sekolah saya semuanya dibasuh. Masuk darjah 2 dan seterusnya saya menambah bilangan hari saya memakai tudung di sekolah. Bermula darjah 4, saya memakai tudung setiap hari di sekolah. Cuma kalau jalan-jalan bersama keluarga kadang-kadang saya tak pakai. Nama pun belum baligh masa tu. Alhamdulillah, kesedaran saya untuk memakai tudung ini datang sendiri tanpa paksaan daripada ahli keluarga. Tak perlu tunggu sampai dah akil baligh baru nak mula, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ada orang kata, buat apa nak bertudung tapi hati tak iklas. PERCAYALAH, keikhlasan itu pasti akan datang dengan sendirinya. Jadi, kenapa tidak mulakan memakai tudung dari sekarang? ^^,
P/s: Berfesyen itu tak salah, tapi salah pilih fesyen membuatkan seseorang itu bersalah. :)
0 budak comel:
Post a Comment