Friday, November 18, 2011

Usaha yang Akhirnya Membuahkan Hasil :)


Salam bloggers. Semalam kira-kira pukul 8 malam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua pasukan yang menurunkan pemain di bawah 23 tahun memang sama-sama beraksi hebat. Malahan, permainan mereka juga kelihatan agresif dan tangkas. Fuh. Akan tetapi pada minit ke-18 pasukan Malaysia telah berjaya membolosi gawang gol Indonesia. Alhamdulillah. Setelah berakhirnya separuh masa pertama, Malaysia masih mendahului kutipan mata. Akhirnya, setelah diberi masa tambahan ekoran masa kecederaan pada separuh masa kedua, Malaysia berjaya menang dengan mengekalkan jaringan gol 1-0 ke atas Indonesia. Dan ini bermakna Malaysia menang untuk kumpulan A. Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan pingat emas untuk bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta ini. Amin~



tahniah Syahrul Azwari (berumur 18 tahun) kerana dapat menjaringkan gol walaupun baru dibawa masuk ;)


P/s: Stadium Gelora Bung Karno penuh seakan-akan permainan final. DAHSYAT! Dan sedikit terkilan kerana tiada sorotan kamera menunjukkan penonton untuk pasukan Malaysia. Tiket bukan dijual untuk WNI sahaja kan? :-s

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails