Wednesday, November 9, 2011

Adakah Anda Haiwan Yang Bertopengkan Manusia Itu?

Salam bloggers. Pernahkah kita terfikir, haiwan juga mempunyai perasaan seperti kita? Sedangkan kita apabila dicubit terasa sakit, apatah lagi haiwan. Tapi entah mengapa ada juga manusia yang boleh memperlakukan haiwan sesuka hati mereka. Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah kisah HERO. Iaitu seekor kucing yang malang. Dek kerana curi makan di kedai orang, tangan kucing itu telah DIPOTONG. MasyaAllah. Betapa kejamnya manusia itu. Alhamdulillah setelah 6 tahun berlalu, kucing itu kian aktif bersama INSAN yang sanggup membela kucing itu atas nama keMANUSIAan. Ya, itulah sifat MANUSIA yang sebenarnya.Sila klik di sini untuk ke link penjaga kucing yang berhati mulia itu.

Apa perasaan anda sebaik sahaja melihat foto HERO di atas? Sedih bukan. Bukan mudah untuk menjadi OKU, apatah lagi seekor kucing apabila ianya menjadi KKU (Kucing Kelainan Upaya). Semoga kita semua sentiasa mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan. Bukan menganggap haiwan sebagai musuh. Sekian.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails