Thursday, November 10, 2011

Cuti oh Cuti...lagi?


Salam bloggers. Memandangkan dah nak hujung tahun, jadi saya rasa nak refresh balik ingatan saya mengenai percutian atau ziarah saya sepanjang tahun 2011 ini (setakat bulan November). Atas sebab terlalu banyak berjalan, maka percutian saya ke Singapura bersama kawan-kawan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditunda ke tahun depan. Sob sob.

20-23 Januari - Saya ke Solo bersama kakak saya yang ke-2. Kemudian dijemput oleh sepupu saya dan anaknya. Kami kemudian dibawa berjalan sekitar Solo sebelum menuju ke Jogja. Menginap 1 malam di Hotel Ibis (bukan Iblis ye). Check-out hotel terus bertolak ke Semarang. On the way ke Semarang, kami singgah ke Borobudur. Ada beberapa kesan letusan Gunung Merapi yang dapat kami lihat. Tiba di Semarang pada malam hari. Esoknya kami ke Sam Poh Kong temple dan juga Lowong Sewu.


25-27 Februari - Saya dan adik saya ke Banda Aceh. Di sana kami dijemput oleh sepupu saya dan keluarganya. Hehe. Sepupu saya memang banyak tau! ;) Untuk pengetahuan, waktu solat Aceh agak lambat dibandingkan Malaysia, iaitu 1 jam lebih lambat. Kalau Malaysia nak solat Isyak, kat sana baru nak solat Maghrib. Jangan terkejut, na. Malam hari nya kami makan Mi Kepiting Aceh. Sedap. Dalam mi ada ketam. Hoho. Esok harinya ada majlis akad nikah saudara suami sepupu saya di Masjid Raya Banda Aceh. Maka kami dijemput sekali. Uniknya orang Aceh ini, tiada Pre-Wedding photo (gambar diambil selepas akad nikah). Ala sekarang ini ramai orang suka nak ambil Pre-wed photo, pegang-pegang pula tu. Ish. Kemudian kami bertemu kembar sepupu mama. Hihi. Muka mereka memang sama. Malam harinya kami makan durian. Haha. Keesokan harinya kami ke majlis Perkahwinan pengantin yang semalam baru akad nikah tu. Paham tak? Semalam akad, so majlis dia keesokan harinya. Sebaik pulang dari majlis, kami ke tempat peninggalan kesan Tsunami yang melanda Banda Acheh pada hujung tahun 2004 (26 Disember 2004). Ada kisah di mana betapa tingginya ombak hinggakan kapal tenaga boleh berada di kawasan perumahan dan juga kapal nelayan yang dipanggil kapal tsunami Lampulo. Huhuhu. Kami pulang ke Malaysia pada petang itu. Tapi tiba lambat sebab kapal terbang melencong ke JB dulu kerana cuaca di KL petang itu hujan. T____T

2-12 Jun - Saya ke Palembang bersendirian. Hehe. First time. Semuanya terinspirasi sebab ayah Nasir selalu tanya bila saya nak ke Palembang. Saya dijemput oleh Abg Adi, Kak Lita dan juga Oza. Hihi. Keesokan harinya saya di bawa ke Sekayu oleh Mak Dang Ros. Jauh juga perjalanan ke sana. Huhu. Tapi so far baik-baiklah orang kat sana. Mesra lagi. :) Pulang ke Palembang lagi dengan Kak Mahmudah, sepupu saya lagi. Haha. Sebab hari Ahad tu ada majlis perkahwinan di Sekayu. Sepupu saya pun turut hadir. Sebab tu dia ada kat sana. Yang pasti, saya takkan dapat lupakan kepulangan saya pada bulan Jun ini kerana itulah kali terakhir saya bertemu ayah Nasir (beliau telah pulang ke rahmatullah pada bulan puasa yang lalu). Kata-kata terakhir beliau yang saya masih ingat, "eh, kalau ga bawa pempek. Ga ada tanda khasnya". Masa tu saya dah nak balik Malaysia. Barang saya dah banyak sangat. Saya sampai pesan tak perlu bawa pempek lagi. Hihi.

4-5 Julai - Saya bersama Kak Jiah dan keluarga menaiki KTM menuju ke Woodlands, Singapura. Haha. Boleh tak, tahun lepas saya ke Singapura bersama keluarga bunda, tahun ini dengan keluarga sepupu saya ini lak. Rezeki. walaupun bukan negara Islam, tapi nasib baik ada masjid. Huhuu. Hmm...Kami sempat berjalan hingga ke USS (tapi luar je la, sebab tak banyak masa). Kemudian berjalan ke Orchard Road, Bugis Road. Yang pasti, inilah pengalaman yang saya tak boleh lupa. First time macam jadi backpacker (walaupun tak bawa backpack pun.LOL). Kami tak tidur sana. Balik hari. Tapi bawa baju la untuk ganti lepas mandi. ;p

26 Ogos-8 September - Alhamdulillah saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mengerjakan umrah di Mekah pada hujung Ramadhan. Semuanya atas jasa mama papa yang telah support perjalanan saya ke sana. Semoga masih ada peluang lagi. Amin. Perkara paling best di sana tu, dapat minum air zam zam tiap hari. :) Huhu. Sungguh indah rasanya pengalaman kedua-dua tanah haram itu. Ya Allah, andai waktu bisa diputar kembali. Inginku menjejakkan kaki lagi ke Madinah Al-Mukarramah, tempat Rasulullah SAW dimakamkan.

29 Sept-1 Oktober - Kami pulang bertujuh (bersama abang ipar) ke Palembang untuk 40 Hari mengenang pemergian ayah Nasir. Masa arwah meninggal tempoh hari, kami tidak dapat pulang memandangkan pasport diperlukan untuk urusan visa Umrah. Alhamdulillah, walaupun singkat masa yang kami ada di sana, tapi kami dapat bertemu sanak saudara. Er, ada satu peristiwa lagi. Tapi biarlah rahsia. Semuanya berlaku terlalu pantas sampai kami pun 'shocked'.

6-7 November - Saya, mama, papa dan kakak yang ke-2 pulang ke Kuala Krai sewaktu Aidiladha. Tujuan utama untuk menziarahi keluarga arwah Tok Man. Atok saudara saya itu baru sahaja meninggal pada 28 Oktober yang lalu. Memandangkan papa belum sihat sepenuhnya masa tu dan atas kekangan yang lain kami tidak dapat berziarah. Selepas ziarah ke rumah arwah Tok Man, kami sempat ke rumah Tok Su juga. Dengar Tok Su bercerita dan kami juga dijemput untuk makan. Wow! Banyak daging yang kami makan. Selepas makan, kami singgah ke masjid berhampiran. Kemudian meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Kami tidur di Hotel Fully Inn, Gua Musang. Best oh! Katil King+Extra bed, bilik besar, ada peti simpanan, peti sejuk, bath tub gak. Kelas youuuu (walaupun tidur di Hotel Palace of Golden Horses & Renaissance lebih best sebab banyak *). Haha. :)

Lepas ini, nak ke mana lagi ya? Tungguuuuuu. ^^,

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails