Thursday, April 14, 2011

Anda mempunyai akaun kwsp? AWAS! Bukan smua wang itu milik anda sebenarnya..

Salam readers. Hari ini saya nak bercakap tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dividen. Untuk sesiapa yang sudah bekerja terutamanya dengan kerajaan, mereka memang akan diberi potongan gaji dan dimasukkan ke dalam akaun KWSP (kecuali jika anda memilih untuk mendapat wang pencen). Selain potongan dari gaji, terdapat juga sumbangan daripada pihak kerajaan. Sebaik sahaja anda berusia 55 tahun, anda boleh mengambil wang yang telah disimpan sepanjang tempoh perkhidmatan anda. Jumlah simpanan anda boleh jadi puluhan ribu, beratus ribu, mahupun berjuta ringgit Malaysia. Perlu diingatkan di sini, sebagai orang Islam kita tidak boleh terima wang yang anda di dalam simpanan KWSP tersebut 100%. Tetapi anda perlu memberi sedikit kepada baitulmal atau fakir miskin. Kenapa? Kerana ada pelaburan yang tidak berlandaskan Islam telah dilakukan oleh pihak KWSP. Sedikit sebanyak ia telah mencalarkan perolehan dividen KWSP. Selain itu, anda juga perlu membayar zakat pendapatan dari jumlah wang yang diterima. Sesungguhnya dengan mendermakan wang yang kita perolehi, kita takkan berkurang sedikitpun wang. Malahan banyak kebaikan dan pahala yang kita dapat.

P/s: Sepatutnya kan lebih senang kalau KWSP terus gunakan pelaburan secara Islam 100 peratus. Huhu~

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails