Wednesday, April 13, 2011

BoboiBoy Ulang Siaran?


Salam readers. Siapa tahu cerita kartun animasi BoboiBoy? Untuk pengetahuan, ceritanya lebih kepada kartun superhero. Sudah tentu, watak utamanya BoboiBoy. Hehe. Selain itu, ada rakan-rakannya seperti Yaya, Ying dan juga Gopal. Setiap mereka mempunyai kuasa berlainan. Mereka semua ditugaskan untuk menyelamatkan bumi dari serangan Adu Du. Oh ya, kalau ada sesiapa yang dah ikuti cerita BoboiBoy setiap hari Ahad pukul 7 malam mesti perasan yang minggu lepas BoboiBoy ulang siaran ke episod 1. Macam pelik kan? Tapi, pihak Animosta Studios ada sebab tersendiri. Untuk tahu, apa sebab mereka sila klik di sini. Apa pun nanti ada soalan buat penonton, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai untuk mendapatkan hadiah.


P/s: Maaflah langsung tak sempat update blog sebab sibuk dengan assignment yang berlambak-lambak. Next time, ok! :)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails