Monday, January 31, 2011

kini anda boleh terbang ke Palembang


Salam bloggers. Akhirnya selepas menghentikan penerbangan dari KUL-PLM hampir setahun, AirAsia telah menawarkan sekali lagi penerbangan ke kota Palembang. Teringat saya pada tahun lepas sepatutnya kami sekeluarga pergi ke Palembang ke majlis resepsi sepupu saya. Tetapi, kami tidak dapat hadir. Semuanya kerana AirAsia tiba-tiba menghentikan penerbangan dari/ke Palembang. Harga tiket yang telah dibayar, telah pun dipulangkan oleh AirAsia. Hmm. Tapi, Alhamdulillah hari ini saya lihat tiba-tiba AirAsia telah membuka laluan itu semula. Dengan semangatnya saya telah memesan tiket. Hoho. Sebenarnya saya dalam dilema juga sekarang ini. Saya harap sangat tahun ini saya dapat pergi umrah sekeluarga. Mengikut perancangan nak pergi bulan Jun. Tapi, bulan Jun cuaca panas ke? Huhu. Tak pe la, kalau tak pergi bulan Jun ini. Lain kali bila saya cuti semester pula. Saya WAJIB pergi! Hehe. *Terus berharap mode: ON*

P/s: Saya ini suka cari tarikh yang bersesuaian dengan jadual kuliah saya. Ada faham? ;p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails