Salam bloggers. Seperti yang dijanjikan, ini dia resepi kek carrot turun-temurun saya. Cewah, padahal dalam family saya, saya orang pertama yang masak. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan kek ini kerana sukatannya menggunakan "cawan".
Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak jagung/sayuran
1 cawan gula (kalau saya,sukat kurang dari 1 cawan)
2 biji telur
2 batang carrot (lobak merah)
1 sudu teh esen vanila
5 biji kurma
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Cara Membuatnya:
- Pukul minyak bersama gula. Apabila sebati, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
- Kemudian, masukkan carrot yang telah diparut. (Pada masa yang sama, bolehlah panaskan ketuhar pembakar 180 darjah Celcius)
- Gaul bersama carrot dan bahan yang telah dipukul sebelumnya, serta masukkan esen vanila.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul sebentar sahaja untuk mengelakkan kek terbantut.
- Oleskan tin pembakar dengan sedikit marjerin untuk mengelakkan kek melekat. Susun kurma dan masukkan bahan-bahan yang telah sedia digaul tadi. Masa selama 50 minit (tapi kalau dah 30 minit, cuba periksa sama ada kek dah masak belum dengan mencucuk dengan garfu atau lidi - kalau melekat ertinya belum masak).
Ok, ada cerita selingan ini. Masa 1 Jan 2011 iaitu bersamaan hari Sabtu yang lepas. Saya telah dijemput oleh rakan satu sekolah agama. Dia suruh saya jemput rakan-rakan lain, jadi saya telah menjemput Ain dan juga Raja. Sebaik sampai di Pandan Lake Club Ballroom, kami berdiri dan mencari-cari kelibat rakan kami itu. Nak dijadikan cerita, saya boleh tersilap orang. Saya melihat kelibat orang yang mukanya seiras kawan saya itu, dan berkata "tu dia". Eh, rupanya dia tu abang kawan saya tu. Haha. Serius, saya ini memang kelakar kadang-kadang. :p
1 budak comel:
MAK AKU SUKE MAKAN BENDE NI..AKU PLAK TAK SUKE..
CHECK ENTRI MANTAP NI :
# TGK WAYANG BERSAMA NUFFNANG, SEASON OF THE WITCH #
# MAXIS OM NOM NOM RACE#
# ANALITIK NUFFNANG & ALEXA SILAMPUNEON MENCANAK
# DURIAN D24 PALING SEDAP DI DUNIA #
Post a Comment