Salam bloggers. Hebat tak sekarang kisah jodoh dah jadi part 3? Macam drama bersiri pula rasanya. Anda masih single? Inginkan teman? Sila taip "ON Teman" dan hantarkan ke 33333. Ok, ini bukan iklan sebenar ye! Apa pun, minggu lepas seseorang yang merupakan anak kepada sepupu mak saya. Ertinya, emak kami berkongsi datuk yang sama (kalau tak faham, sila buat-buat faham). Tujuan dia datang memang pada mulanya menjadi tanya. Yang pasti, salah satu faktornya mungkin kerana dia sedang bercuti. Rasa lain sangat bila emak saya tak ada di rumah ketika tamu datang ke rumah. Huhu. Kata orang, instinct perempuan selalunya betul. Saya pun rasa ada benarnya "kata orang" tu. Nak dijadikan cerita, dia telah menulis sepucuk surat kepada saya. Cewah. Perlu ke cerita? Sebab ini blog saya, maka WAJIBlah cerita. :p Surat cinta lah, kata orang. *Tersipu-sipu malu* Saya suka cara dia, sebab dia boleh dengan gentle man datang dan tanya sendiri. Jauh pula tu datang. Terharu pun ada. Sedikit kisah tentang dia ni. Masa dulu, lebih dari sedekad yang lalu saya pernah ke rumah dia. Masa tu, saya hanya tau sepupu mak saya mempunyai anak yang sebaya dengan saya. Tapi, saya tak ingat kalau saya ingat dia. Eh, faham tak? Maksudnya saya macam tak perasan dia. :") Tapi, rupa-rupanya dia perasan saya. Sweet tak bila dengar yang dulu dia pernah tunggu saya singgah rumah dia lagi sebab dia nak bagi anak patung. Tapi, sayangnya saya tak singgah. Hehe. :p Memandangkan dia datang Malaysia dan macam tak ada orang nak entertain dia (tiada orang di rumah), maka sayalah pihak bertanggungjawab untuk bawa dia jalan-jalan. Saya sebenarnya segan nak berjalan berdua lelaki ini. Lainlah kalau orang tu suami saya ke. Cewah. Tujuan sebenar dia datang sebenarnya nak jumpa saya dan beritahu tentang niat dia. Huaaa. Terharu tak? Memang terharu. Satu hal, dia memang seorang yang pandang ke hadapan. Berwawasan. Kalah saya. Huhu. Rasa macam masih anak kecil depan dia (eh, maksudnya kurang matang). Saya memang bukan orang yang straight. Bukan bermakna saya Les, tapi saya bukan orang yang straight to the point. Tapi, ayat mesti berbunga-bunga tapi ada maksud lah. :)) Saya hanya boleh jawab, "kita jalanin aja". Atau dalam bahasa Malaysia, "kita teruskan macam biasa.". Rasanya dia faham maksud saya. Andai ada jodoh, mungkin hubungan itu akan ada juga. Mungkin 2 tahun lagi? :p Semoga dia mencapai cita-cita dan apa yang dia impikan. Saya juga berharap agar saya berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Amin~
P/s: Thanks banget ya udah traktir saya kemarin. Hihi. *Malu*
Farewell My Blog
1 year ago
2 budak comel:
wehhh gambar laaa nak tgk =)
Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#
tak de la. bukan malas upload. tapi SERIUS tak ada. x)
Post a Comment