Monday, January 17, 2011

hari spontan sedunia!

Salam bloggers. Maaf lama tak update blog. Maklumlah orang penting kat rumah (cewah), jadi langsung tak berkesempatan nak singgah blog. Online pun bukan hari-hari tau. Tak sempat. Memandangkan minggu lepas saya banyak berjalan-jalan maka saya nak selitkan di sini apa yang best. ;) Mula-mula hari Rabu yang lepas, saya telah ke Jalan TAR (bukan jalan bertar, tapi Jalan Tuanku Abdul Rahman) untuk menukar duit. Kenapa saya tukar duit? Sebab nak pergi bercuti masa Thaipusam nanti di suatu lokasi rahsia (takut kena culik). Ahaha. LOL. Sebaik sahaja menukar duit, saya dan Lina berjalan ke arah BSN (Bank Simpanan Nasional). Tetapi, tiba-tiba ada orang rancangan TV3 menghalang perjalananku. Cewah. Ok, bukan menghalang perjalanan tapi dia macam ajak saya untuk ditemuramah. Maka, entah bagaimana pada hari berkenaan saya melayan sahaja soalan-soalan dari wartawan berkenaan. Antara soalan yang ditanya tentang "rumahku, syurgaku". Ingin tahu lebih lanjut? Sila nantikan rancangan terbaru tersebut pada bulan Februari akan datang di TV3. Harap-harap saya berkesempatan melihat sedutan percakapan saya yang mana dipilih. LOL. Oh ya, selepas saya menukar duit di Tawakal Money Changer, saya langsung tidak mengira wang. Sebaik tiba di rumah, saya baru sedar kalau pakcik tempat tukaran wang telah terlebih bagi wang kepada saya. Jadi, pada hari Jumaat saya telah pergi ke Jalan TAR sekali lagi untuk membayar wang kepada pakcik tersebut.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails