Wednesday, December 8, 2010

Rasuah..bila nak berakhir?

Salam bloggers. Memandangkan saya terlalu free di pejabat hari ini, maka saya nak tulis satu lagi isu iaitu berkaitan rasuah. Rasuah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai makan suap ataupun hadiah. Hadiah disini bukan bererti hadiah macam hari jadi. Menurut sumber yang saya dapat, "Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut." Tapi, sebagai contoh ada kontraktor ini nak dapatkan tender dari sebuah syarikat pembinaan. Maka dia merasuah pekerja syarikat pembinaan itu dengan menjamu makan malam (contohnya). Apabila pekerja tersebut sudah dibelanja makan maka ada kemungkinan dia akan berasa terhutang budi, lalu mencadangkan syarikat pembinaan tempat dia bekerja untuk memberi tender kepada kontraktor tersebut. Kalau di Indonesia, gejala rasuah atau lebih dikenali sebagai korupsi ini sudah menjadi nanah. Presiden Indonesia yakni SBY kini beria-ia untuk menangani masalah korupsi di negara jiran kita itu. Kadang-kadang apabila sudah biasa hidup dengan gejala rasuah, maka seseorang itu tidak akan sedar langsung bahawa dia sebenarnya melakukan rasuah. Sebagai contoh, kalau di Indonesia untuk mendapatkan pasport mengambil masa berminggu-minggu, tapi kalau kita bayar lebih, maka dalam 3 hari pun bisa dapat pasport. Bukan itu sahaja, apa-apa jua yang melibatkan government (INA), andai sahaja anda punya uang, segalanya ditanggung beres (bak kata orang). Malah ada juga yang kalau gagal ujian masuk PNS (kerja dengan government), boleh masuk PNS juga, dengan membayar sejumlah wang yang besar. Sesungguhnya memberi dan menerima rasuah adalah HARAM di sisi ISLAM.

*Post ini dibuat kerana semalam saya terkejut membaca di muka akhbar semalam mengenai seorang bekas MB yang dituduh melakukan rasuah. Kenapa bila sesorang dah jatuh, maka baru orang nak reveal kesalahan dia? Apa pun "seseorang dianggap tidak bersalah, selagi dia belum disabitkan bersalah". Hoho.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails