Thursday, December 9, 2010

Oh, no!Terbalik

Salam bloggers. Hari ini saya sampai pejabat lambat 10 minit, sebab keluar dari rumah pun dah pukul 8.10 pagi. Ish ish. Apa nak jadi? Ok tapi ada sebab tau. Alhamdulillah kalau naik lrt dari rumah saya ke pejabat dalam 15 minit perjalanan. Itu kalau dah masuk dalam lrt dan lrt berjalan macam biasa. Sumber gambar: Google.
Saya pernah suruh orang tolong ambil gambar guna digital camera, then dia pun ambil gambar macam ni. ;))


Kadang-kadang lrt ini gerak perlahan sebab ada masalah teknikal la, bla bla. Sabar je la. Oh ya, hari ini ida tak datang kerja lagi. Maybe dia pergi klinik, sebab semalam dia macam tak sihat. Huhu. Eh apa saya menyimpang cerita pasal ida pula ni. Sebenarnya ada kisahnya hari ini. Macam yang saya dah katakan tadi, hari ini saya pergi kerja lambat sikit. Satu hal sebab saya syampu rambut pagi tadi dan saya nak pastikan rambut saya cukup kering. Hal lagi satu, hal biasa yang saya lakukan pagi sebelum kerja. Nak dijadikan cerita memandangkan dah lambat maka saya buat apa pun, cepat-cepat. Capai apa yang tak tercapai lagi, bla bla. Setengah jam yang lalu saya pergi toilet, then balik dari toilet saya duduk macam biasa. Eh, masa nak duduk baru saya terperasan. Kain saya ini sila terbalik. Bukannya bahagian dalam kat luar, atau sebaliknya. Tapi, kain ini sepatutnya lipat kipas kat belakang. Sebab nak cepat sangat pagi tadi, saya sampai terlupa dan menganggap yang kain saya ini lipat kat tepi belah kiri. LOL~

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails