Friday, December 17, 2010

Nasi Kukus Sedap

Salam bloggers. Maaf, saya terlebih excited menulis blog hari ini sampai banyak pula entri. Lagipun sekarang tiada tugasan dalam pejabat dan di tambah lagi dengan idea yang datang mencurah-curah. HAHA. Ada apa dengan nasi kukus? Siapa suka makan nasi kukus? Kalau kita perhatikan sekarang ramai juga orang yang suka jual nasi kukus. Tak jauh dari rumah saya pun ada orang jual nasi kukus. Tapi kurang umppphhh. Hihi. Oh ya, sebenarnya saya nak bagitau korang mana nak cari nasi kukus ayam dara yang enak. Rasanya memang enak dan kalau boleh nak makan setiap hari (melebih-lebih pula). Serba sedikit mengenai nasi kukus ayam dara tu: nasi kukus akan diletakkan di atas daun pisang, bersama-sama dengan timun, ayam dara dan juga dua jenis kuah. Memang kuah tu juga memainkan peranan dalam memastikan rasa nasi kukus tu enak, selain rempah ratus ayam dara tu. Mana nak cari nasi kukus sedap tu? Ok, siapa-siapa yang tinggal kat KL ini mesti tau Menara Eon Jalan Raja Laut (dulu lebih dikenali dengan Wisma Cycle&Carriage). Hmm. Kalau tak tau juga, bangunan ini berhadapan dengan KLMU (lebih dikenali sebagai Cosmopoint), tak jauh dari stesen LRT Sultan Ismail. Perasan tak, banyak pula ayat "lebih dikenali" yang saya taip. Haha. Oh ya, ada foodcourt di dalam bangunan Menara Eon tu. Untuk memudahkan anda mencari gerai nasi kukus ayam dara yang enak tersebut, saya dengan suka citanya nak beritahu cara nak kenalpasti gerai dia. Sebaik sahaja anda tiba di hadapan Menara Eon (betul-betul berhadapan dengan KLMU, sila turun tangga (ada tulisan foodcourt). Jalan je lurus sehingga jumpa papan tanda foodcourt. Masuk je pintu foodcourt tu, terus lihat sebelah kiri. Nanti ada satu gerai yang tulis besar-besar "Nasi Kukus Ayam Dara". Setakat hari ini sudah 3 kali (eh, atau 4 kali) saya makan nasi kukus ayam dara EON Jalan Raja Laut tu. Harga dia RM5.50 untuk satu set. Berbaloi dengan rasa dia. Memang enak, hinggakan ada orang tegur saya khusyuk makan nasi kukus tu. ;))

P/s: Kenapa orang selalu panggil ayam dara? Ayam tu belum kahwin ke atau sebab ayam tu masih muda remaja. :))

2 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails