Friday, December 17, 2010

Kisah Goyang Kaki Dulu2..

Salam bloggers. Tinggal seminggu sahaja lagi praktikal saya nak habis. Mesti saya rasa sedih nanti (tapi tak sampai tahap menangis,ok! :p) Oh ya, siapa kat sini ada hobi suka goyang kaki? Bukan goyang kaki yang maksudnya bersenang lenang tu, tapi suka gerak-gerak kaki lah. Teringat saya masa sekolah di Bukit Bintang Girls School. Masa itu kita orang ada kelas kat Pusat Sumber. Oh ya, jangan pula search nama sekolah saya atau nak tau lokasi sekolah tu kat mana sebab sekolah itu sekarang dah bertukar jadi bangunan yang cantik, menarik dan mewah bernama Pavillion, KL. Hoho. Berbalik kepada cerita goyang kaki tadi. Melalui pemerhatian saya, ramai orang yang suka menggoyang-goyangkan kaki dia semasa sedang duduk di kerusi. Entah kenapa, hobi kot? Atau sebab masa tu diorang masih kecil dan kaki tak mencecah ke lantai. Ahaha. Sebenarnya dulu saya pun suka goyang-goyangkan kaki. Tapi bukan masa duduk, tapi kalau saya tengah menahan nak ke toilet aka k*nc*ng. Hihi. Jadi, kalau mak saya nampak saya goyang kaki je, mesti dia suruh saya cepat-cepat pergi toilet. Haha. Semua tu kisah dulu, sekarang saya dah tak suka tahan-tahan nak pergi toilet. Ok, tipu. Ada juga tahan tapi sangat jarang.

P/s: Saya menulis entri ini kerana semalam saya ternampak seorang lelaki yang asyik menggoyangkan kakinya di dalam lrt. Nak pergi toilet ke, sebab tengah asyik mendengar Mp3? :D

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails