Friday, December 17, 2010

Apabila LRT pun ada traffic light


Salam bloggers. Pagi tadi kalau ikutkan patutnya sebelum 8.35pagi saya dah sampai office. Tapi, angkara traffic light LRT merah terlalu lama maka ia telah membuatkan saya lambat tiba. Siapa-siapa yang dah biasa naik LRT, mesti perasan kalau sekarang ini LRT macam selalu je berhenti-henti. Maksudnya sebelum sampai stesen, tiba-tiba je berhenti. Kalau bernasib baik, dapatlah naik LRT yang hanya berhenti di stesen. Misalnya hari ini, mula-mula LRT yang saya naiki berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Tiba-tiba sebelum tiba LRT Bandaraya, lrt dah buat hal. Eh, dari jauh saya lihat ada LRT lain yang sedang menunggu di stesen Bandaraya. Rasanya LRT dari arah Sri Petaling itu sedang menunggu lrt lain untuk melintasi laluan rel tersebut. Sebenarnya kalau saya bandingkan lrt sekarang dengan yang dulu macam dah lain. Kenapa lrt sekarang macam selalu je berhenti-henti. Masa perjalanan yang biasanya 15 minit boleh jadi sampai 20-25 minit. Dulu kalau saya keluar rumah pukul 8 pagi, saya boleh sampai dalam pukul 8.20-8.25 pagi, tapi sekarang kadang-kadang sampai kat stesen Sultan Ismail pukul 8.30 pagi. Tu belum kira jalan ke office dan naik jejantas yang tinggi giler tu. Adakah pihak RapidKL sedang membuat langkah berjaga-jaga kerana bimbang peristiwa lama berulang? Apa pun, keselamatan memang patut lebih diutamakan. :)

2 budak comel:

HAHAHA AKU PON PERNAH ALAMINYE..TENSION KAN...

hehe.tau xpe..kte da berkali2..tension sbb da la kuar rumah lambat, lps tu lrt pun lambat gerak.. ish2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails