Wednesday, December 15, 2010

Anugerah, tinggal anugerah...

Salam bloggers. Eh, rajin pula saya post blog hari ini. Sebenarnya ada satu hal lagi yang mengganggu fikiran saya semalam. Alkisahnya, masa hari konvokesyen yang lalu saya dapat dua anugerah. Tak payahlah nak mention anugerah apa. Tapi yang pasti masa itu ada pihak jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar pelajar ketika di pentas. Memandangkan gambar untuk dapat sijil memang kita dah bayar, so siapa yang dapat anugerah kena bayar lain la. Tutup cerita pasal di dalam dewan. Maka, selepas keluar dari dewan saya pun carilah booth pihak official photographer untuk konvo KPTM 2010 (letaknya di Jalan Timun, Shah Alam). Saya tanya penjaga yang terima duit tu berapa bayar. Dia jawab, "RM20". Kemudia saya bertanya lagi, "Saya dapat 2 anugerah, nak bayar RM20 juga ke?". Dia kata, "Memang bayar RM20". Maka saya pun pulang dari PICC dengan menjangkakan gambar akan diterima dalam masa sebulan. Selepas menanti sekian lama, maka gambar konvokesyen telah pun saya terima minggu yang lalu. Saya lihat dalam bungkusan pos laju itu tiada gambar anugerah dikepilkan bersana. Saya fikir, mungkin dia hantar berasingan. Tapi semalam tiba-tiba saya terlintas untuk telefon pihak studio gambar tersebut. "Hello, saya salah seorang yang terima anugerah semasa konvo KPTM hari tu. Saya nak tanyalah berapa harga gambar hari tu". "Eh, tiba-tiba orang tu kata RM25". Pelik bin ajaib kan? Padahal hari tu kata RM20. Kemudian saya tanya lagi, "Hari tu saya bayar RM20. Tu bukan untuk 2 anugerah ke?". Then, dia jawab "satu anugerah RM25". Saya sempat bagitau no photo saya tu. Sekarang saya menantikan gambar tu. Adakah pihak studio gambar tu akan hantar atau tidak. Kalau tak hantar, saya akan laporkan kepada pihak kolej. Biar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

2 budak comel:

VAVI LAAA ORANG TU...TENSEN AKU BACE..=( ANYWAY TAHNIAH FOR THE COMVO AND THE ANUGERAH YG KO DPT =)

mmg geram gler la..huhu..tak patut..takkan kte nk p shah alam bayar lak..lagipun slh pekerja dia gak..eeeeeeeee..tension

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails