Monday, December 13, 2010

Trip to Genting


Salam bloggers. Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah mengambil cuti tanpa gaji (sebab budak internship tiada kuota cuti T___T) semata-mata untuk ke Genting bersama adik saya dan mira. Sebenarnya adik saya last day industrial training dia jatuh pada hari Jumaat tapi sebab nak ke Genting, hari last dia bertukar ke hari Khamis. Kami bertolak ke Genting dengan menaiki bas di Pasarakyat pada pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan mengambil masa dalam 1 jam (setakat sampai di Genting Skyway). Perjalanan menaiki kereta kabel mengambil masa lebih kurang 10-15minit. Setibanya di puncak Genting, kami terus berjalan dengan cepatnya ke Outdoor Theme Park. Untuk maklumat, tiket yang saya beli merupakan Golden Package iaitu meliputi tiket perjalanan menaiki bas pergi-balik, tiket menaiki kereta kabel skyway pergi-balik dan juga tiket bermain di Genting Outdoor Theme Park (atau buffet lunch di Terrace ape ntah).



Alhamdulillah cuaca baik dan tidak hujan sama sekali pada hari tersebut (padahal hari-hari sebelumnya setiap hari pun hujan). Pada pukul 4.55 petang iaitu selepas kami makan tengah hari di KFC, kami bergegas untuk ke surau untuk solat. Tiba di sana dalam pukul 5 petang kot. Tapi sebelum itu, kami ke toilet dulu (eh, ini pun nak cerita ke?). Selesai solat, saya lihat jam sudah menunjukkan 5.15 petang (rasanya). Saya berfikir, eh mesti tak lama punya naik kereta kabel. Mungkin dalam 10 minit. Maka, setelah beratur untuk naik ke kereta kabel, kami bertiga sama-sama berharap agar bas tidak meninggalkan kami. Pemandangan luar dari dalam kereta kabel memang penuh dengan pokok-pokok hutan hujan tropika. Memandangkan kami begitu mengejar masa, jadi perjalanan menaiki kereta kabel itu terasa begitu lama dan panjang. Sebaik menjejakkan kami keluar dari kereta kabel, kami terus berlari-lari anak. Sampailah ke tempat menunggu bas. Sehingga kami disapa oleh seorang petugas bas Genting. Eh, ini lari-lari nak pergi mana? Kena kejar beruk ke. "Tak, kami nak naik bas ke Pasarakyat (letaknya tak jauh dari Bukit Bintang dan Prince Court Medical Centre) pukul 5.30 petang. Bas ada lagi kan?" Tapi jawapan petugas itu, tak lama sebelum kami sampai bas telah pun bertolak. Saya sekali lagi bertanya petugas tersebut, "Bergurau je kan?". Tapi beliau tetap memberikan jawapan yang sama. Tapi beliau berkata yang dia akan membantu kami untuk mendapatkan bas seterusnya. Ada seorang lagi officer bas Genting datang menghampiri dan bersedia menolong (atas budi bicara). "Nak naik bas ke Putra tak?" Dalam fikiran kami bersedia menerima apa jua bas asalkan ia menuju ke KL dan terawal. Beliau berjanji untuk menempatkan kami naik bas pukul 5.45 petang ke Terminal. Itu pun kalau tak penuh. Tak lama kemudiam bas tersebut sampai. Malang bagi kami kerana bas tersebut memang full. Tapi Alhamdulillah kami dapat naik bas yang ke Terminal Putra pada pukul6.15 petang. Apa pun, terima kasih banyak-banyak buat petugas bas Genting di Skyway Genting. :)




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails