Monday, November 29, 2010

promosi pelik

Salam bloggers. Seperti yang kita sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya Pameran MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010) di Serdang. Di sana terdapat banyak pameran berkaitan pertanian dan lain-lain. Kebetulan pula pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas TV9 menganjurkan Sua Rasa di tapak berhampiran MAHA. Apa cerita saya sebenarnya? Hehe. Memandangkan ada Sua Rasa di tapak ekspo, maka adalah liputan pada pagi semalam dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO). Maka ada seorang wartawan NLKO yang menemubual peniaga makanan yang berniaga di sana. Ada dua peniaga terpilih dan salah satunya yang menjual sate ayam tulang (pelik, tapi benar itulah namanya :p). Yang ditemubual itu budak berumur 14 tahun. Rasanya mak bapa dia suruh dia yang jadi jurucakap. Apa yang menariknya, mula-mula wartawan tanya "apa resepi istimewanya sate ayam tulang tu". Maka, budak itu menjawab, "resepi dia rahsia". Ok lah, masih boleh tahan lagi jawapan budak tu. Yang tak tahannya, lepas itu wartawan tu tanyalah "berapa harga satu tusuk sate?". Budak tu jawab, "kalau biasanya jual kt Jelebu (Negeri Sembilan), harga satu tusuk RM0.80 tapi kat sini ada harga promosi". Dalam hati saya masa tu telah mencongak-congak dan beranggapan mungkin harga sate kat sana RM0.60 ke atau RM0.70. Kemudian budak tu menjawab lagi, "kalau harga promosi kat sini RM1.20 satu tusuk". Hah? Terkejut saya dan keluarga saya mendengar. Oh adik, anda telah memberi jawapan yang bukan terbaik. Promosi, ertinya harga patut lebih murah. Promosi ke kalau harga mahal?

P/s: Rasanya kalau pergi MAHA, saya nak cari budak tu! :))

2 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails