Wednesday, October 27, 2010

Sabar je....la ;)

Salam bloggers. Semalam pukul 10 pagi saya bertolak ke Menara MPAJ untuk bayar kompaun kakak saya. Kemudian, saya ke LHDN yang terletak di PGRM untuk matikan setem. Pulang dari sana, saya singgah ke Jusco. Mula-mula masuk mestilah saya kena cari petak parking. Malas nak park kat atas, maka saya park di bawah sekali. Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja saya park kereta saya pun cubalah untuk keluarkan kunci kereta. Eh, kenapa tak boleh keluar ini. Berkali-kali saya pusing kunci ke arah berlawanan sambil tekan ke dalam (ini prosedur biasa) tapi tak berhasil. Memandangkan percubaan saya gagal selepas mencuba beberapa kali, ia membuatkan saya terfikir "mungkin sebab tak beritahu siapa-siapa yang saya nak pergi Jusco ini kunci tak nak keluar" (kira macam kereta pun nak buat hal :p). Dua kali saya menghidupkan enjin kereta dan mematikan semula. Akhirnya saya reverse kereta dan terperasan sesuatu. Haha. Saya letak gear pada posisi "N" dan brek tangan pun tak diangkat. Patutlah. Cuak je lebih~ x)

P/s: Kereta automatik kan kena letak gear di "P" sepatutnya. :))

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails