Monday, October 25, 2010

Apabila terlalu sibuk

Salam bloggers. Sebenarnya saya ada banyak cerita yang nak diceritakan dalam blog. Tapi rasanya tak larat kalau saya taip semuanya (eh, ke sebenarnya saya dah lupa apa saya nak taip?:p). Apa pun, baru saya teringat hal yang kurang menyenangkan berlaku kepada saya.



Pada hari Rabu dan Khamis yang lepas, van bergerak Pusat darah Negara telah datang ke kampus saya. Memandangkan saya sangat sibuk untuk menyiapkan assignment pada hari Rabu, maka saya telah bercadang untuk mendermakan darah saya pada hari Khamis. Pada hari Khamis apabila saya telah siap mental dan fizikal, saya pun melangkahkan kaki saya ke alat timbang berat di depan kaunter untuk periksa darah. Dan, keputusannya...............saya tidak dapat mendermakan darah. Berat badan saya kurang dari 45kg tapi lebih dari 44 kg. Haha. Faham tak? Sikit je lagi boleh derma. Rasa lain bila tak derma darah memandangkan sudah 8 bulan sejak kali terakhir saya derma (bulan Februari). Saya doakan semoga Pusat Darah Negara tidak akan kekurangan bekalan darah supaya orang-orang yang memerlukan dapat memanfaatkan bekalan darah yang sedia ada. :)

P/s: gambar di atas saya ambil dari website unimap. hihi. maaflah, malas letak gambar saya tengah derma darah. ;p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails