Friday, October 29, 2010

MARA...settled~

Salam bloggers. Alhamdulillah urusan berkaitan MARA telah selesai semalam. Hari Isnin dapat surat tawaran dan borang perjanjian, hari ini nak kena hantar. Sepatutnya 1 November, tapi memandangkan minggu depan saya dah start praktikal maka saya kena menghantar semua dokumen hari ini. Penantian selama 3 bulan tak sia-sia. Alhamdulillah kerana urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Oh ya, semalam macam best. Masuk sekolah lama saya (SMK Seri Bintang Utara) semata-mata untuk mendapatkan cop saksi dan pengesahan salinan fotostat. Sebenarnya saya berdebar sangat-sangat semasa dalam kawasan sekolah itu. Entah, mungkin sebab lama tak menjejakkan kaki. Semalam masa berada di hadapan pejabat, saya nampak seorang guru yang saya kenali. Saya rasa nama dia Pn Ng, dan dia senyum dekat saya. Tapi, cuma lidah saya kelu untuk memanggil beliau. Masa dalam pejabat saya lihat di carta organisasi dan nama beliau memang Pn Ng. Huhu. Apa pun, jutaan terima kasih buat Penolong Kanan Tadbir, Pn Rohana, kerana dapat meluangkan masa menandatangani semua bahagian saksi. Tak lupa juga buat kakak di pejabat SBU dan pakcik makcik guard. Hehe. Saya rindu zaman sekolah. x)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails