Sunday, October 31, 2010

Esok :)

Salam bloggers. Semalam anak sepupu saya datang ke KL dari Perlis. Dia pelajar yang mendapat biasiswa dari Bengkulu. Kira hebat kan dia ni? Apa pun semalam saya timbang berat badan saya dan saya lihat berat saya sudah mencapai 45 kg. Hihi. Suka tiba2.Almaklumlah kalau nak derma darah, salah satu syaratnya berat mesti 45 kg dan ke atas. Untuk pengetahuan umum, menderma darah ini bukannya faktor berat badan bertambah. Semua tu hanyalah mitos semata-mata. :p Kalau kita tetap mengekalkan diet dan pemakanan yang seimbang, maka berat badan kita akan maintain atau kalau bernasib baik boleh kurang lagi tau. Tapi kalau kurang sangat, macam mana nak derma darah lagi kan? Hihi. Esok saya akan memulakan praktikal di Sime Darby. Entah bagaimana hari esok, saya pun kurang pasti. Tapi saya berharap semuanya baik-baik sahaja. Insya-Allah. Amin~

P/s: Tahniah buat pasukan bola sepak kerana telah menjadi juara dalam perlawanan bola menentang Negeri Sembilan. NASIB BAIK menang (takut peristiwa sebelum ini terjadi)..fuh~

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails