Wednesday, September 8, 2010

hello September

Salam. Sekali lagi, saya terlupa untuk meng'update' blog ini. Apa pun, Ramadhan kian meninggalkan kita. Kini sudah 29 Ramadhan, entah apakah masih ada Ramadhan selepas ini. Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang telah Allah berikan. Contohnya nikmat kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya. Bercakap mengenai nikmat, saya bersyukur sangat-sangat dan saya tahu Allah sayangkan saya. Alhamdulillah doa saya banyak yang dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat sahaja yang menjadi ukuran. Sebagai hamba-Nya kita memang perlu melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kadang-kadang manusia tidak ingat akan azab yang menanti dikemudian hari. Mungkin mereka alpa dengan nikmat dunia.

Demonstrasi
Seperti yang telah kita sedia maklum sebelum ini, kedutaan Malaysia di Jakarta sebelum ini pernah dilemparkan najis oleh BENDERA. Sebenarnya demonstrasi merupakan satu benda yang tidak asing lagi di Indonesia lebih-lebih lagi di Jakarta. Ini merupakan pengalaman saya sendiri malahan saudara saya di Jakarta turut bersetuju. Tahukah anda, memandangkan Indonesia mempunyai penduduk yang sangat ramai (peluang pekerjaan pula kurang) maka demonstrasi juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan wang. Pada bulan Mac yang lalu ketika saya berada di Ciputat, Jakarta, maka seorang makcik saya beritahu saya aktiviti demokrasi selalu dilakukan oleh orang-orang yang sama. Tak kisahlah mereka mengatakan mereka mewakili parti apa, tetapi realitinya mereka hanyalah bekerja sebagai pak turut, asalkan wang masuk.

Sekian, lain kali saya cerita lagi mengenai hubungan Malaysia-Indonesia.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails