Wednesday, September 1, 2010

bye bye broadband

Petang tadi, setelah sekian lama akhirnya saya jejakkan kaki sekali lagi ke Celcom Center, Taman Segar. Tujuan utama hanyalah untuk terminate account celcom broadband saya. Mengapa? Sebenarnya ada dua sebab. Sebab yang pertama tentunya kerana tidak mahu bayar sebanyak RM68 setiap bulan a.k.a pokai la nanti. Lagipun saya dah ada Streamyx broadband yang lebih stabil (dah lama pun ada kat rumah ini, tapi gatal juga nak pakai celcom broadband). Satu lagi sebab kerana entah mengapa sejak akhir-akhir ini line celcom broadband saya yang sebelumnya merupakan 3G, telah berubah menjadi GPRS sahaja. Kawan saya pernah mengajukan soalan kepada pihak Celcom dan jawapan yang diterima ialah kawasan saya ini sekarang ada masalah. Oh, boleh pula macam tu kan? x) Petang tadi saya sempat masak biskut Daisy a.k.a butter cookies. Sedap tu memang dah diakui la. Haha. Sebenarnya sudah lama saya tak buat biskut tu.

2 budak comel:

streamyx perlukan fixed line kan, cimot? sbenarnya semua broadband pun macam tah pape. iklan je gempak. sedih..sedih. haha..

hehe..btul tu kna la pkai fixed line..;) tau xpe..maybe nak line terbaik tu kna duk kt "center" dia.. x)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails