Bermula dari minggu lepas sehinggalah semalam, hari-hari saya dipenuhi dengan aktiviti. Jalan-jalan dan bermain dengan anak kecil. Hehe. Seronok bila ada anak kecil yang boleh didukung, pegang tangan dan lain-lain. Akhirnya setelah sekian lama, bunda datang juga ke Malaysia. Saya pernah cerita dalam post yang sebelum ini. Memandangkan bunda tidak boleh lepas tangan dari cucu-cucunya, maka sewaktu datang ke Malaysia bunda membawa sekali cucu-cucunya. Hihi. Almaklumlah bukan mudah bunda boleh jalan-jalan. Maksudnya keluar dari Indonesia. Cuti saya terisi dengan jalan-jalan ke KLCC, Bukit Cahaya, Genting, Melaka, Singapura dan Putrajaya. Setelah 9 tahun meninggalkan Singapura, memang banyak perubahan negara jiran Malaysia itu. Bangunan bertambah dan juga lebih cantik. Apa pun hari ini bunda sekeluarga pulang ke Palembang lagi dan saya akan merindui mereka terutamanya Shaniya yang kecil. Kangennnnnnnn. :|
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
4 years ago
2 budak comel:
bestnyaa jalan2 :D
tu la pasal..hihi..skali skala oh..terisi gak cuti ni. >.<
Post a Comment