Wednesday, June 30, 2010

harapanku..

Sebelum saya mula bercerita tentang tajuk post kali ini. Saya cuma nak beritahu mak saudara saya yang dari Palembang telah datang bersama suaminya, menantu serta 3 orang cucunya. Kebetulan di sana budak-budak tengah bercuti. Hehe. Ada ramai orang, baru meriah suasana. Tadi kami telah pergi ke Genting. Mula-mula kami bercadang untuk naik kereta kabel di Genting Skyway. Tetapi untuk pengetahuan umum, Genting Skyway telah mula ditutup bermula hari ini (30 Jun 2010 sehingga 6 Ogos 2010) untuk kerja-kerja maintenance. Maklumlah kalau yang melibatkan nyawa manusia, kita mesti banyak buat langkah berjaga-jaga. Huhu. Apa pun, kelakar Shaniya (anak abg uli a.k.a sepupu saya). Dia suka tiru apa yang orang lain lakukan misalnya dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Satu perkara lagi, dia ini kana-kanak yang comel dan mesra terutama sekali dengan orang yang dia dah rasa biasa. :) Gambar belum dimuatnaik kerana belum transfer. Sekian.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails