Sunday, July 18, 2010

kelas bermula


Salam bloggers (cewah, lain macam je bila start intro macam ni). Rasanya, bagaikan sudah setahun lamanya saya tidak meng'update' blog (padahal rasanya sebulan pun tak sampai). Apa pun, saya nak beritahu beberapa perkara yang berlaku dalam seminggu ini. Maklumlah saya dah mula masuk kuliah. Hehe. Inilah course saya "BSc(Hons) in Business Information Technology with Accounting 3+0 Collaboration with Coventry University, UK. Panjang tak nama course saya, mak ngah? :p Lompat terus ke semester 3. Tapi, yuran dia memang mahal la. Lebih mahal dari MMU. Hari Khamis yang lepas, setelah sekian lama, saya terserempak dengan Zira. Kebetulan dia masuk KPTM, sambung amik ACCA. Tak sangkalah dia pilih KPTM ni. Apa lagi nak cerita yer? Oh ya, saya punya brooch semakin lama semakin tiada. Entah mana saya letak, saya pun dah lupa. Maka hari ini saya akan keluar pergi Jalan TAR bersama kakak saya. Hehe. Bercakap tentang kelas, so far ok je. Subjek Database Systems dan Group Project diajar oleh pensyarah yang pernah mengajar saya semasa Diploma dulu. Hehe. Alhamdulillah. Harap-harap saya dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk program Degree ini. Amin.

p/s: Gambar di atas ialah Coventry University. Kan best boleh belajar sana. Hmm..

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails