Sunday, May 16, 2010

pulau lagi ;)

Kalau tahun lepas, saya telah pergi ke Pulau Redang bersama kedua ibu bapa serta kakak saya yang kedua. Maka tahun ini sekali lagi kami berempat telah pergi ke pulau, tetapi bukan yang di Terengganu la. Kami telah pergi ke Pulau Pangkor (Perak). Hehe.


Bila dikira-kira, sudah 7 tahun saya tidak menjejakkan kaki di Pulau Pangkor. Memang nampak banyak perubahan dari segi pembangunan di Pulau Pangkor. Sebaik sahaja tiba di Jeti Lumut kami telah menaiki feri dan perjalanan untuk ke Pulau Pangkor mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya di jeti, kami telah meminta seorang pemilik van berbangsa Melayu untuk membawa kami mengelilingi pulau dan dikenakan bayaran RM60. Bolehlah tahan, lagipun nak tolong bangsa sendiri yang seagama pula tu. Mula-mula kami dibawa melihat Batu Bersurat. Tidak jauh dari situ terdapat tempat peninggalan orang Belanda. Kemudian, kami pergi ke Teluk Nipah. Di sana kami telah makan tengah hari serta solat jamak (zohor+asar). Mula-mula kami bercadang untuk naik speed bot ke (dulu masa ke Pulau Pangkor pun pernah naik kot). Memandangkan cuaca panas niat itu dibatalkan. Lain kali pula kami pergi snorkeling di Pulau Pangkor. Hmm. Teringat sewaktu snorkeling di Pulau Redang dulu...





0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails