Monday, May 24, 2010

Perak...again~


Pada hari Jumaat yang lepas saya telah pun pergi ke Teluk Intan, tempat kakak saya bekerja. Dia merupakan 'houseman' di Hospital Teluk Intan (HTI). Hadirnya saya ke Teluk Intan dengan membawa medical record kakak saya dan juga sebuah buku tentang ubat-ubatan. Kakak saya suruh saya tolong belikan buku tersebut di Kedai Buku Kamal Jalan Pahang. Mahal gila buku tu, sampai RM215 (harga kalau bukan Dr., RM289. Huhu. Saya tiba di HTI lebih kurang pukul 2.45PM dan berjalan kaki masuk ke hostel kakak saya. Malamnya kami menonton filem Robin Hood. Best. Keesokan harinya kakak saya membawa saya ke Kinta City, Ipoh. Kami bermain bowling dan juga menonton wayang. Tetapi kali ini filem Shrek 4: Forever After (eh, betul ke tajuk dia ni). Memang best dan tak kering gusi menonton. Sebaik selesai tayangan kami terus pulang ke Teluk Intan. Pada hari Ahad untuk makan tengah hari kami makan di Restoran Abdullah Mastan Ghany yang menjual Mee Rebus dan Rojak. Orang kata, kalau datang ke Teluk Intan tidak lengkap kalau tidak singgah ke sana. Hehe. Tapi kakak saya tak minat pun Mee Rojak Campur Telur yang kami pesan semalam. Maklumlah lain orang, lain citarasa. Saya rasa sekali sekala bolehlah tapi saya lebih prefer Mee Rebus Stulang Laut. Nyummy. Hihi. Terima kasih kepada kakak saya yang telah belanja saya makan di Restoran Sutera Bayu, Kenny Rogers, Restoran Abdullah Mastan Ghany, Restoran Tomyam Teluk Intan Pak Wan dan juga Restoran yang saya tak ingat namanya. Hehe. Sedap.

P/s: Gambar saya sedang makan mee rojak campur (Restoran Abdullah Mastan Ghany) di atas di edit menggunakan teknik masking yang saya pelajari dari blog Biskoot. Terima kasih atas tunjuk ajar.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails