Tuesday, May 25, 2010

nampak macam remeh

Sudah lama saya mahu menulis tentang hal ini, tetapi terlupa je sebelum ini. Pernahkah anda melihat di laman rangkain sosial (social network) rakan anda yang memakai tudung tetapi terdapat gambar yang dipaparkan tidak memakai tudung? Tak kisahlah disengajakan atau tidak disengajakan. Persoalan yang kadang-kadang bermain di minda orang, "apakah ada persamaan antara gambar dengan jumpa secara live"
Sebenarnya tidak jauh beza, malah boleh saya katakan tidak ada perbezaan di antara melihat gambar dan jumpa di alam nyata. Kerana dengan melihat gambar, orang dapat membayangkan bagaimana rupa orang itu ketika bertemu secara berhadapan. Saya sendiri, kalau ada orang ingin merakamkan gambar saya ketika tidak bertudung, maka secara automatik saya akan mengambil tudung kerana bimbang gambar saya itu dimuat naik ke mana-mana laman rangkaian sosial. Bukannya apa, kita harus berwaspada agar gambar kita yang menampakkan aurat menjadi santapan mata orang yang tidak sepatutnya. Beberapa bulan yang lepas saya pernah mendapat e-mail orang yang bertanyakan hal agama kepada ustaz yang berbunyi, "adakah kita sebagai muslimah boleh meletakkan gambar tidak bertudung di internet". Jawapannya: tidak boleh. Mengapa? Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, orang dapat membayangkan tentang sesuatu. Malahan, gambar sewaktu kecil juga sebaiknya tidak dimuat naik (upload), kerana dari gambar tersebut orang dapat membayangkan rambut kita masa sekarang. Nasihat saya kepada pembaca, "1. Jika anda seorang yang memakai tudung dan memakainya kerana tahu akan kewajipan anda, maka jangan sesekali upload gambar anda yang tidak bertudung di mana-mana atau mem'publish' di mana-mana. 2. Jika anda mempunyai gambar rakan anda yang tidak bertudung, tolong jangan sesekali upload dan tag mereka. Sekian". Wallahua'lam~

5 budak comel:

betul..betul..tu lerh kita cam tak paham..byk pakai tudung tapi upload gmbr tak pakai tudung...tak pahammmmmmmmmmmmmmmm!apa point dia pakai tudung kalau dia nak org lain tgk dia tak pakai tudung?~

kte rasa die upload sbb dia fikir, "ala, bukan jumpa betul2"..huhu. =.="

btul ke gamba mase kecik2 xleh upload?

sebab bimbang pihak lelaki akan dapat membayangkan rambut kita ni macam mana bila dah besar..misalnya masa kecik rambut kerinting, mesti la rambut da besar macam kerinting/curly..kecuali org tu da wat rebonding..hehe.tu je la..

tah..cam tah pape je..pakai tudung pastu dlm album gmbr posing habis seksi..tak paham...cimot, sila berikan nasihat..kekekee..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails