Wednesday, May 26, 2010

cara mudah untuk membakar lemak


Pernah terfikir cara mudah untuk membakar lemak serta mengurangkan kalori? Saya ada cara mudah untuk dikongsi. Sila menaiki monorel ke bukit nanas dan kemudian masuk ke hutan simpan Bukit Nanas yang terletak bersebelahan Menara Kuala Lumpur. Naiklah anak tangga yang ada hingga ke puncak, dengan berbuat demikian anda juga akan berpeluang menaiki jambatan gantung. Untuk pengetahuan, perjalanan untuk ke puncak agak mencabar di mana kaki anda akan terasa bagaikan mahu tercabut. Oops. Macam extreme ke? Hehe. Itulah pengalaman saya dan rakan saya (ina) tadi. Sebaik sahaja kami turun dari monorel, kami terus menaiki anak tangga yang paling dekat dengan monorel. Al-maklumlah, saya tak pernah jalan kaki ke menara KL. Selama ini naik kereta terus berhenti depan menara. Sebelum menaiki tangga, saya bertanya pakcik yang tengah menyembur air di kaki bukit nanas tu. "Pakcik, sini boleh naik pergi menara ke?". Maka beliau menjawab, "Boleh". Sebaik mendengar jawapan pakcik itu saya dan ina meneruskan langkah kami atau boleh saya katakan pendakian kami di Hutan Simpan Bukit Nanas itu. Ish ish. Mencabar kekuatan fizikal betul. Perjalanan untuk sampai ke destinasi (menara KL) mengambil masa selama 15 minit. Lama? Haha. Sebab itu saya kata kaki kami bagaikan mahu tercabut. Huhu. Tak apalah, PENGALAMAN SEKALI SEUMUR HIDUP. :p Mula-mula kami bercadang mahu masuk Menara KL kalau harga sekitar RM20. Tetapi sekarang harga untuk ke dek tinjauan (observation deck) adalah sebanyak RM38. Tunggu, bukan itu sahaja yang anda akan dapat dengan membayar RM38. Anda juga berpeluang untuk megikuti pony ride(jika berat kurang dari 50 kg-yeay,saya boleh naik!haha), melihat simulator F1(tak pasti ada lagi tak), dan lain-lain. Saya mengesyorkan buat sesiapa yang mahu naik ke menara KL untuk pergi awal pagi ke sana supaya dapat mengikuti semua yang ditawarkan sekali. Sebaik kami keluar dari perkarangan menara KL, kami mula mencari stesen monorel bukit nanas, tapi gagal. Mungkin kami salah jalan (tak ada signboard pun). Akhirnya, kami membuat keputusan untuk berjalan sambil mencari stesen monorel. Berjalan, berjalan dan terus berjalan, sampailah kami nampak BB Plaza. Haha. Ok lah, dah sangat jauh kami berjalan. Masuk BB Plaza, terus singgah Sg Wang. Makan tengah hari di KFC. Sebenarnya ina nak makan di Kenny Rogers tetapi memandangkan kami dah sangat lapar, makan je lah kat restorang yang terdekat. Sebaik sahaja makan, kami membeli tiket wayang "Andartu Terlampau" di Times Square dan kemudiannya solat Zohor. Selepas solat, kami berjalan-jalan di sekitar Times Square dan saya sempat membeli sepasang kasut yang cantik. ;) Khusyuk berjalan, sampai tak perasan dah hampir waktu tayangan filem (3.50 PM). Kami terus bergegas ke GSC. Apa pun, filem arahan Haliza Misbun tu OK la. Memang ada unsur komedi sedikit, tapi apa yang saya tak suka sebab dia tak jadi kahwin ngan Omar Sharif semata-mata kerana kekasihnya yang berkulit gelap yang dia kenal semasa belajar di Indiana. Haha. Lelaki tu pula, nampaknya seorang yang MUDAH cemburu. Dowh. Confirm sangat la at the end of the day, Nik Melati Sukma tu terus stay single juga. =.="


P/s: Tahukah anda, banyak aktiviti yang kita lakukan seharian boleh membakar kalori. Contohnya, aktiviti menaiki tangga, mencuci pinggan, menyapu sampah dan lain-lain. Amalkan gaya hidup sihat! =)



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails