Thursday, April 8, 2010

sudah cukupkah?

Masih ingat masa kecil dulu? Kebiasaanya ibu bapa akan menghantar anak untuk sekolah agama dan juga belajar mengaji. Seharusnya bukan sekadar mengikuti orang lain, tetapi atas kesedaran untuk memberikan didikan agama yang terbaik buat anak. Biasanya, sewaktu sekolah rendah tu la kita akan khatam al-Quran. Maklumlah, apabila dah masuk sekolah menengah tak ada lagi sekolah agama (contohnya: sekolah agama rakyat). Tetapi, cukupkah kita sekadar membaca al-Quran dan khatam sekali sahaja dalam seumur hidup? Jawapannya, "TIDAK CUKUP". Mengapa? Cuba kita renungkan. Bukankah al-Quran itu seharusnya menjadi ikutan setiap umat Islam. Dan ianya mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan ianya akan kekal hingga hari Akhirat nanti. Maka, dari situ boleh kita simpulkan betapa pentingnya al-Qur'an ini untuk kita sebagai orang yang mengaku Islam. Bukan berapa kali kita khatam al-Quran itu yang menjadi ukuran. Tetapi adakah kita membaca al-Quran, memahami maksud ayat dan mengamalkannya? Kalau tidak boleh melakukan kesemuanya, cuba dahulu dengan membaca dan memahaminya dahulu. Insya-Allah secara automatik nanti kita akan dapat mengamalkan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran itu. Jangan ingat, dengan solat lima waktu sehari semalam sudah mencukupi. Kitab al-Quran jangan kita lupakan andai kita mengaku kitab al-Quran adalah 'favourite book'. Saya masih ingat dahulu, saya pernah tidak membaca al-Quran selama lebih kuranng 3-4 tahun (selepas khatam sewaktu berusia 12 tahun). Sewaktu saya ingin memulakan pembacaan al-Quran sekali lagi, saya banyak melakukan kesilapan dan terpaksa mengulang ayat yang sama berkali-kali. Bukankah kita seharusnya menjadi lebih baik dari hari semalam, bukannya menjadi lebih teruk dari hari sebelumnya. Sebelum mengakhiri post kali ini, mari kita renungkan "bila kali terakhir kita membaca al-Quran?"





0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails