Saturday, April 10, 2010

bila ajal dah sampai...


Kalaulah kita sedar, dalam tahun 2009 dan 2010 ini kita acapkali mendengar berita kematian orang-orang yang hebat. Orang yang namanya gah mahupun dikenali ramai dan ketika berada di puncak kegemilangan, ajalnya pun sampai. Kita ambil contoh sahaja, allahyarham Din Beramboi. Baru-baru ini seluruh negara terkejut dengan berita kematiannya. Kehilangannya dirasai. Bukan allahyarham sahaja. Malahan, semalam juga berita kematian seorang wakil rakyat Sarawak. Saya perasan kalau sejak akhir-akhir ini ramai wakil rakyat yang mati ketika masih menjadi wakil rakyat. Berita kematian yang paling mengejutkan dan tidak disangka-sangka, kematian Presiden Poland dan isterinya dalam nahas kapal terbang pada hari ini. Kesimpulannya, apabila Allah dah tetapkan seseorang itu mati pada waktu sekian sekian, maka pada waktu itu jugalah ia akan meninggalkan dunia yang fana ini. Tiada apa yang dibawa kecuali 3 perkara. Iaitu: amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat.






0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails