Tuesday, April 13, 2010

resepi gulai nasi dagang


Pada hari Sabtu lepas, saya telah ditugaskan untuk memasak di rumah. Maka, setelah berfikir panjang apakah hidangan yang ingin saya sajikan, saya telah memilih untuk memasak salah satunya gulai nasi dagang. Memandangkan ini bukanlah suatu jenis masakan yang saya familiar buat atau lebih tepat lagi, saya tidak pernah masak gulai nasi dagang, saya telah membuat rujukan dari buku resepi. Terdapat beberapa perubahan yang saya telah lakukan dalam resepi. Saya tak biasa sebenarnya menggunakan rempah-rempah yang pelbagai. Saya sangat sukakan bahan-bahan yang simple. So, kepada bakal suami saya yang belum saya ketahui siapakah gerangannya. Pertama sekali, saya nak minta maaf kalau masakan saya nanti simple je. Haha. Maaflah gambar tak berapa lawa sebab bila lauk dah nak habis, baru saya terfikir nak ambil gambar. Alhamdulillah sedap dan telah mendapat pujian. Hihi. Baiklah. Seperti yang dijanjikan, inilah resepi gulai nasi dagang itu (eceh, cakap macam chef pula).


GULAI NASI DAGANG

Bahan A
2 ekor ikan tongkol (setiap satu dibelah kepada 2 bahagian)
2-3 asam gelugor (saya menggunakan asam keping)
Air
garam secukup rasa

Bahan B
3 ulas bawah merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
1 camca besar ketumbar
1 keping kunyit hidup
1 keping halia (saya gantikan dengan serbuk halia madu nona sebab halia habis)
1 keping lengkuas

Bahan C
1/2 biji kelapa diambil santannya (saya menggunakan 200ml santan ayam brand)
kuantiti air jangan terlalu banyak jika mahu santan pekat
garam secukupnya
1 sudu besar cili boh (saya gunakan sedikit sos cili dan cili giling)
2 asam keping

Cara Menyediakannya:
  • Bahan A direbus sehingga kering airnya. Semakin lama masak, semakin terasa keenakannya.
  • Sementara itu, tumbuk/giling/kisar/blender Bahan B sehingga lumat.
  • Masak santan didalam periuk dan tambahkan air secukupnya. Biarkan sahaja, hingga santan pecah.
  • Kemudian, masukkan Bahan B yang telah dikisar. Gaulkan dan biarkan hingga pecah santan sekali lagi.
  • Seterusnya, masukkan cili boh, asam keping dan garam. Oh ya, sebenarnya kena masukkan 2 cili yang besar tu. Ala, yang biasa orang masukkan dalam gulai nasi dagang. Tapi saya tak ingat nama dia.
  • Akhir sekali, masukkan ikan yang telah direbus tadi. Gaul dan biarkan.
  • Hidangkan panas.



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails