Tuesday, February 9, 2010

kisah siren ambulans

Apa yang anda akan lakukan apabila sewaktu anda sedang memandu, anda terdengar bunyi siren ambulans? Apabila anda melihat side mirror dan cermin pandang belakang kelihatan sebuah ambulans sedang bergerak dengan pantasnya. Saya pasti tindakan drastik bagi seorang pemandu berhemah dan mematuhi arahan lalu lintas, anda akan cuba sedaya upaya memberikan laluan kepada ambulans tersebut. Peristiwa yang berlaku awal tahun lepas seringkali bermain di fikiran saya tatkala saya mendengar siren ambulans berbunyi. Beginilah kisah saya... Hari itu ialah hari Ahad dan biasanya apabila kakak saya yang ketika itu pelajar perubatan (UKM) pulang ke rumah, saya pasti menjadi pemandu yang menghantar dia pulang ke hostel. Petang itu sebaik sahaja saya menghantar kakak saya di hostel, saya terus memandu dan kebetulan waktu itu lampu isyarat berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) telah bertukar ke warna merah. Sebagai seorang pemandu yang berhemah dan mengikuti arahan lalu lintas (saya bukan pemilik lesen terbang), maka saya memberhentikan kereta dan menunggu lampu isyarat bertukar kepada warna hijau. Pada masa yang sama, saya melihat sebuah ambulans meluncur laju dibelakang kereta saya. Arghh..kenapa ambulans ini nak juga duduk belakang kereta saya ini. Saya ada terfikir untuk ke tepi, tetapi masalahnya saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya memang sudah pun berada tepat2 di sebelah lampu isyarat. Saya terus berharap lampu isyarat segera bertukar kepada warna hijau. Tiba-tiba kedengaran dari ambulans dibelakang saya, "tolong ke tepi, tolong ke tepi". Ok, ini sangat malu. Tidak. Tidak. Tidak mungkin. Mengapa ini terjadi kepada saya? Maka, saya terpaksa memandu kereta saya ke depan (bahagian kiri) dan sebaik sahaja ambulans tersebut melintas disebelah kereta saya, saya terus reverse ke belakang. Sejak hari itu, setiap kali saya mendengar bunyi "ne-no, ne-no" saya pasti teringat peristiwa yang agak memalukan saya ini. :')




2 budak comel:

kelakar
tp just wondering if the same thing happened to me
confirm cuak gile!
hehehheheeh~

walaupun benda serius, tapi memang agak kelakar la bila terfikir..pengajaran di sini, "tak kisahlah anda di mana sekalipun, sila beri laluan kepada ambulans jika ambulans itu akan melintasi kereta anda"..sampai sekarang tak paham betul kenapa la ambulans tu tak nak ikut lane kanan je masa tu..ish2.. =.="

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails