Friday, February 19, 2010

Derma Darah..finally~

Bak kata orang, gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Tapi kisah saya kali ini bukan gagal sekali sahaja. Gagal tiga kali, tetapi akhirnya percubaan yang ke-4 berhasil. Alhamdulillah.

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang kekecewaan saya tidak dapat menderma darah. Kisahnya boleh diikuti disini - Part I - Part II -. Semalam sekali lagi saya telah mencuba nasib untuk menderma darah. Kekecewaan sebelum ini masih saya rasakan, tetapi semangat yang masih ada telah menggerakkan hati saya untuk menderma darah (kalau layak). Sebaik sahaja kelas Enterprise pagi tadi, saya makan tengah hari dengan rakan-rakan. Selesai makan, saya terus menuju ke LT2.1 untuk menderma darah. Ujian hemoglobin dan tekanan darah menunjukkan saya layak menderma. Alhamdulillah. Tak sia-sia kedatangan saya kali ini.

darah saya jenis AB a.k.a penerima universal. :)

kami dulu satu sekolah (SMKSBU)

P/s: Saya rasa sangat malu, ok! Semalam saya terjumpa dengan staf yang pernah jumpa di Kelab Unity sebelum ini. Saya malu sebab masa dulu saya EMO kerana tidak boleh menderma darah dan kali ini dia juga orang yang menguji darah saya. :')



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails