Sunday, December 20, 2009

sabtu yg indah

Semalam saya langsung tak ada plan nak buat apa atau nak pergi mana-mana. Sampai la tengah hari tu Miss Nita tiba-tiba ym saya. Dia tanya, "hari ni free tak?". Jawab saya, "Free, takde plan pun". Miss Nita ajak saya keluar pergi KLCC. Saya tak ingat bila kali terakhir saya pergi sana. Mungkin bulan Julai kot. Masa cousin saya datang Malaysia. Hehe. Lima bulan yang lepas lah kalau macam tu. Saya datang KPTM lambat sikit, since saya siap pun lambat. Ada ke patut pukul 1.30petang patutnya dah pergi sana. Tapi, saya baru gerak pukul 1.40petang. Ish. Mana tak nye, saya baru nak siap2 pukul 1.15petang. Sebelum tu boleh pula saya lepak2 (kalau miss tau habis la..rahsia kta je ye?...shh..). Kul 1.44 petang saya call miss. "Miss, saya otw ni. Lg 5 minit insyaAllah sampai la". Da jumpa miss, kitorang pun gerak pergi LRT. Perbelanjaan naik lrt ditanggung sepenuhnya oleh miss (kecuali tiket saya balik dr Masjid Jamek). Thanks miss. Hihi. Sampai kt KLCC, kami pun food hunting. Mula-mula lalu sebelah Nandos macam penuh la pula. So, perjalanan diteruskan menuju ke Chili's. Wow, lagi lah ramai. Sampai nak masuk pun kena queue. Akhirnya, Miss Nita kata jom gi Starbucks. Kami lunch kat sana. Sekali lagi, Miss Nita gak yang belanja (jangan jeles ye kawan2..ni namanya rezeki..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia...*sambung sendiri*..hihi). Lepas makan, kitorang jalan2. Miss macam biasa nak cari kasut. Masuk kat NOSE, tapi tak ada yang berkenan di hati miss pula. Then, singgah Body Shop. Masuk2 je miss terus kata, "amik la apa2 yang awak nak, saya kan dah janji nak bagi hadiah". Jawab saya, "miss, saya ni bukan orang yang beli2 barang penjagaan diri ni" (sangat bukan diriku ok..lol). Last2, miss yang pilihkan. Selepas membuat pembayaran, tiba-tiba miss terjumpa ex-student dia. Nampak hebat gak (saya cakap hebat sebab dia baru beli beg dari COACH..ahaha). Then, kitorg masuk Primavera pula. Yang kelakar nya, saya pula "terbeli" sandal. LOL. Orang yang beria nak cari tu miss. Then, kitorg lalu depan VINCCI sekali lagi. (Oh ya, sebelum masuk NOSE tadi, sebenarnya kitorang masuk VINCCI. Tapi sebab ramai orang, kitorang keluar balik). Sebelum balik, singgah Blue Cube jap. Saya dan miss nak bayar bil broadband. Then, pergi Roti Boy. (Beli roti boy la apa lagi). Naik PUTRA LRT (sekarang tak panggil ni da, tapi RAPID KL*). Berpisah di Masjid Jamek since saya nak pergi menuju ke Ampang. Thanks Miss Nita. Saya sangat gembira hari ini. =) Saya menunggu lrt dengan penuh kesabaran. Masa dalam lrt tadi, ada seorang lelaki Melayu ni menawarkan tempat duduk dekat seorang makcik ni. Tapi, makcik tu bagi anak dia pula yang duduk. (Dalam hati saya berkata, sia-sia je pengorbanan laki tu..ish..tapi itulah kasih seorang ibu...huhu). Bila lrt dah berhenti dekat stesen Hang Tuah. Saya melihat pintu yang terbuka. Then, saya melihat seseorang yang saya sangat kenal.."Wan!!" panggil saya. Seriously saya tak sangka boleh terjumpa Wan(nama sebenar dia Wan Nur Fasihah) dalam lrt. Rupa-rupanya dia dari TS (Times Square), nak ke Cempaka. Pergi rumah kawan dia yang sepatutnya jumpa dia kat TS, tapi tak muncul2. Bersama dia bf dan kawan mereka. Kami borak-borak sampai destinasi saya. Kemudian berpisah. Sob sob. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi. Kesimpulannya, hari Sabtu (19 Disember 2009) merupakan hari yang bahagia buat saya. Alhamdulillah. ^^,

nota kaki: syarikat pengangkutan RAPID KL kini memiliki LRT (dulu terbahagi kepada dua - STAR dan PUTRA) dan juga syarikat pengangkutan bas yang dulu namanya Intrakota.



2 budak comel:

bestnye... g tak ajak en !

hehe, xdela.. gurau je.. :D

hehe.ala,kyla jauh kot..;p ni kte pn kire nsb baik..sbb klu x,mgkn miss kuar ngn Pn Zarila. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails