Saturday, December 19, 2009

cincin


Hari ahad yang lepas (13 disember 2009), akhirnya setelah sekian lama jari manis saya tak menyarung cincin saya dah memiliki juga sebentuk cincin. Beli kat Habib, Ampang. Thanks mama. I love u so much.Hihi. Al-kisahnya semasa nak beli cincin tu. Mula-mula kita dok usha la cincin emas putih. Tapi bila saya fikir-fikir balik, cincin emas putih tu kalau jual balik harga rendah. Saya mahu emas kuning sebab 916 memang ada style. 916 tu maksudnya kandungan emas adalah 91.6%. Yang lainnya adalah campuran. Nak dibandingkan dengan emas putih yang cuma sebanyak 72.5% emas. Memang confirm emas kuning lebih tinggi nilai jualannya nanti (tp,sy memang tak ada niat nak jual pun cincin ni). Sebelum saya buat keputusan nak beli cincin ni, kami tengok emas putih dulu. Then, bila dah ke tempat cincin emas kuning saya terus tertarik. Saya tertarik dengan cincin yang simple2 ni. Jiwa muda lah katakan. Tapi mak saya asyik dok kata, "ish.tu cincin kahwin la. ni nak untuk kahwin ke?" lol. Tak ada makna nya. Saya memang suka yang simple. Lagipun untuk kahwin nanti mestilah nak yang comel2 lagi. Hihi. Bila dah pilih2 cincin tu, kita kena tengok pula size nye. Nak dijadikan cerita, size cincin nya memang besar betul..majoriti >12. Ada 2 pilihan cincin saya boleh buat, 1 yg size 9.5 n 1 lg size 10..yg size 9.5 tu 3.03 gm..10 tu 3.00 gm. Selepas membuat beberapa perhitungan, saya memilih 9.5 tu..sebab, kalau beli yang size 9.5 tu, at least kalau tiba2 macam ketat, saya taulah yang saya kena diet time tu. LOL. =p



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails