Saturday, December 19, 2009

conversation (part 1)

Me: Mama, macam mana kalau tiba2 ada org datang meminang anak mama. Mama terima tak?
Mama: Mestilah. tapi tengok dulu.

Me: Tengok siapa yang rajin ke masjid kn, ma?

Mama: Hehe.

Me: Tapi macam mana kalau dia rajin ke masjid. tapi tiap hari jumaat je. aha.


...

Ok lah. Ni sedikit sebanyak dialog saya dengan mak saya pagi tadi. Apa yang saya nak perkatakan kat sini, ertinya mak saya berbesar hati menerima pinangan orang. Tapi, tengok lah dulu family background semua. Paling penting tengok dari segi agamanya baik ke tak.

Kadang-kadang mesti terdetik di hati setiap perempuan, "Bila saya nak kahwin ni?". Sesungguhnya saya pun rasa nak kahwin (eh bkn dari kecik da gatal pilih nama anak ke?oops..kantoi). Tapi saya bukanlah tahap orang yang wajib kahwin. Cuma macam best bila nanti ada suami yang boleh kita sayang-sayang secara halal, ada baby yang comel dan boleh tatap bila-bila.

...

Oh ya, kadang2 orang selalu cakap. Perempuan tu masih ada dara ke tak? Tiba2 saya terfikir macam mana pula dengan lelaki tu. Macam mana nak tau dia masih teruna ke tak. Tak fair la kan kalau perempuan yang suci murni dan menjaga tatasusila dan batas pergaulannya mendapat seorang lelaki yang bukan lagi polos ataupun dah tak lagi teruna. lol~

p/s: kalau nak tengok blog2 menarik tentang persediaan nak kahwin, boleh tengok link kat right-side bar saya, "Will U Marry Me?".



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails