Tuesday, June 13, 2017

Pengalaman D&C (Dilatation & Curettage) di Negara Orang

Salam pembaca yang budiman. Sudah seminggu berlalu selepas saya melakukan proses d&c atau di Indonesia lebih dikenali sebagai kuret. 

Sebab apa perlu dilakukan d&c? 
Kerana selepas keguguran masih ada sisa jaringan plasenta atau apa sahaja misalnya anggota tubuh janin yang tertinggal atau boleh juga gumpalan darah. Dalam kes saya, pada pagi hari itu sekitar jam 1.30 pagi WIB atau kalau di Malaysia 2.30 pagi, saya sudah merasakan ada sesuatu yang keluar di bawah ketika bangun dari tidur. Dalam hati saya dah pasrah dan redha kerana saya tahu Allah lebih tahu mana yang terbaik buat saya. Kalau menurut perkiraan dari tarikh haid pertama terakhir, kandungan saya sudah 9minggu+. Hampir seminggu bleeding setelah spotting sehari, malah setelah di scan terlihat kantung sudah berada di kedudukan agak bawah. Biarpun kantung terlihat sempurna dan kelihatan embrio yang dah keluar mata. Tapi siapa yang mampu menidakkan kehendak Allah. Aturan Allah bukankah lebih indah?

Keluar sendiri atau operasi
Saya diberikan pilihan untuk melakukan proses d&c atau tunggu sisa jaringan keluar sendiri. Saya sendiri bimbang ketika itu dan terfikir berapa lama pula yang harus saya tunggu untuk sisa turun sendiri. Setelah 2 jam berfikir akhirnya keputusan diambil. "Saya mahu melakukan kuret!".

Proses d&c
Saya diberitahu bahawa operasi kuret akan dilakukan pada keesokan harinya. Jadi saya menginap dulu di hospital. Oh ya, memandangkan saya tinggal di Sintang, Kalimantan Barat, jadi hanya terdapat satu hospital aka rumah sakit. Dr pakar O&G ada 2 orang. Pada hari Ahad (4 Jun 2017) iaitu hari yang mendebarkan tiba, saya dikehendaki berpuasa setelah sarapan. Dari jam 7.30 pagi sehinggalah waktu saya dibawa ke ruang operasi iaitu jam 2.30 petang. Saya sangat jelas dengan waktu sebab tepat di hadapan saya ada jam dinding. Kikiki. Sewaktu berada di ruang operasi saya dah mula membaca Rabbi Yassir Ala Tuassir Rabbi Tammim Ala Bilkhoir, Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin, Surah Al-Ikhlas, Surah AnNas, Surah Al-Alaq dan juga berzikir. Mohon ketenangan hati dan dipermudahkan segalanya. 

Bermula Suntikan Bius
Kalau dari pembacaan saya, ada yang kata mereka dibius di belakang. Tapi sewaktu proses d&c saya tempoh hari, saya tidak dibius di belakang tapi suntikan di bahagian saluran infus. Teringat saya ketika melihat pakar bius datang. Saya tanya itu ke biusnya. Katanya belum lagi. Adalah dalam 2 ke 3 kali jarum suntik itu melewati saluran infus saya. Tiap kali suntikan dilepaskan saya akan bercakap dalam hati, saya tak mengantuk. Masih sedar ini. Saya sempat bertanya di dalam ruang operasi , "lama ke prosesnya", "tak apa ke pakai kacamata". Katanya ok je. Sehingga akhirnya pakar bius berkata kepada saya, "baca doa". Ketika itu tahulah saya kalau saatnya dah tiba....

Mamai Banyak Cakap
Tiba-tiba saya terdengar suara orang bercakap-cakap. Suami saya diberikan kacamata saya yang entah bila pula dilepaskan tadi. Ada kedengaran juga orang bercakap beritahu Adam yang saya dah keluar. Saat-saat yang kelakar saya paling ingat sewaktu masih mamai tu, saya terus teringat kakak saya. Sehari selepas dia melakukan pembedahan aka ceaserean anak kembarnya saya sempat ziarah ke hospital. Masa tu katanya dia masih mamai, kesan bius masih kuat. Disuruhnya saya tolong susukan anaknya. Memang sebelumnya kedua-dua kembar tidak dapat disusukan secara langsung ekoran kakak saya belum sedar sepenuhnya. Maklumlah mungkin kalau bius sepenuhnya untuk melahirkan anak dengan d&c dos dia berbeza kot. Hehe. Kalau saya tempoh hari, dalam masa 30 minit selepas d&c macam dah boleh bercakap banyak walaupun tahap kesedaran belum sepenuhnya. Sampailah saya dibawa ke bilik, saya belum mampu bangun ketika diangkat untuk dipindahkan ke katil. Hehe. Tapi dalam tak sampai sejam lepas tu saya boleh bangun masuk toilet dan tukar baju lain dah. Nak makan, tapi katanya jangan dulu sampai dah tak rasa pening. Memang masih rasa agak pening. Untuk mengelakkan muntah juga katanya. Disuruhnya minum air terlebih dahulu. Akhirnya dah nak maghrib baru saya dapat makan. Hikhik. Macam puasa betul-betul lak.

Apa selepas d&c
Esoknya selepas Dr datang untuk tahu keadaan saya katanya minggu depan datang lagi untuk check. Tapi saya kata hari Rabu saya dah nak berangkat ke Lampung. Dia kata ok je kalau tak ada rasa pening atau anaemia. Sempat Dr kata kalau dalam masa 3 bulan ini elakkan dari hamil lagi. Sebab nak bagi rahim berehat juga. Dipendekkan cerita, hari Isnin tu saya sudah diizinkan keluar, cuma selepas Zohor baru saya pulang ke rumah. Esoknya saya dah mula berkemas baju Adam untuk dibawa ke Lampung. Kalau baju saya dah saya siapkan beberapa hari sebelum kejadian spotting tempoh hari. Alhamdulillah perjalanan menaiki pesawat dari Sintang-Pontianak-Jakarta-Lampung lancar. Tiada masalah insyaAllah bagi yang baru sahaja melakukan operasi d&c atau kuret untuk berpergian menaiki pesawat. Memang susu badan tu masih rezeki Adam.

Credit pic:

#2ndpregnancyloss

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails